in

“Orang banyak kerja la!” – [VIDEO] Lelaki ‘Sound’ Buaya Sebab Kacau Nak Bersihkan Kandang

Fi Buaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita cakap pasal haiwan buas, mesti ada beberapa jenis binatang dah terlintas dalam fikiran kita contohnya singa, ular, harimau dan banyak lagi. Mesti ramai yang setuju, bahawa buaya antara haiwan buas yang paling ditakuti.


Kenapa ramai takut? Buaya ni kita tahu sifat dia sebagai pemangsa, dan sangat tangkas kalau dah ada mangsa depan mata dia. Tapi korang boleh percaya tak, ada seorang lelaki ni berani gila boleh sound buaya sampai haiwan tu terdiam. Jom tengok..

 

Buaya ajak ‘gurau’ 

Baru-baru ini tular di media sosial apabila tindakan lelaki yang sedang membersihkan kandang buaya ni dapat perhatian ramai.

Posting mengenai kejadian itu ada dimuat naik melalui akaun TikTok @bedamau, di mana kelihatan lelaki dikenali sebagai Rizal ini sedang membuat kerjanya di sebuah kandang buaya.

Buaya 1

Kisahnya, Rizal yang bekerja di sebuah Taman Buaya di Melaka sedang melakukan tugasan hariannya dengan membersihkan kandang buaya seperti biasa. Namun ketika dia sedang menyapu di sebelah seekor buaya, tiba-tiba haiwan buas tersebut seakan marah dan cuba menyerang lelaki tersebut.

Apa yang menarik perhatian ramai, Rizal tak takut malahan dia siap jerit balik dekat buaya yang dikenali sebagai Aris itu. Buaya tersebut dilihat berulang kali membuka mulutnya seakan tidak senang dengan kedatangan Rizal, tapi dia tetap buat kerja dengan selambanya.

“Alamak kau, takde kerja la nak bergurau. Orang banyak kerja lagi ,

“Diam! Orang banyak kerja sebok nak bergurau!” katanya pada buaya itu.

Ternyata perkongsian Rizal itu menarik perhatian ramai dan sehingga kini, video tersebut dah meraih lebih dari 3.6 juta views.

@bedamau

marah2 syg ARIS2??TAMAN BUAYA&REKREASI MELAKA

♬ bunyi asal – rizal@atan besi – rizal@atan besi

Berani betul tu abang tu! Kalau min dah lari weh.

 

Baca : “Harap zoo lain pun buat macam ni” – Netizen Puji Idea Kreatif Taman Buaya Melaka, Buat Lawatan Maya Sempena PKP

Foot Buaya

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.