in

Ifan Seventeen Padam Nama Arwah Isteri Di Bio Instagram, Hormat Kekasih Yang Bakal Dinikahi Tahun Ini

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tahun lepas, ketika membuat persembahan di Tanjung Lesung, bekas vokalis kumpulan Seventeen telah kehilangan isteri kesayangannya Dylan Sahara dan semua ahli kumpulannya dalam nahas Tsunami.


Kini, Ifan atau nama sebenarnya Riefan Fajarsyah telah pun bertemu dengan cinta barunya, Citra Monica dan sering mempamerkan kemesraan mereka di media sosial hinggakan ramai netizen merasakan muka Citra mirip dengan arwah isterinya, Dylan.

Kenal sejak sekolah

Screenshot 2021 01 28 At 11.53.51 Am

Menurut Kompas, Ifan dan Citra telah pun kenal sejak dari zaman sekolah lagi. Namun ketika itu mereka tak ada apa-apa hubungan istimewa kerana kedua-dua mereka mempunyai kekasih hati.

Namun selepas pemergian isterinya, Citra telah menghubungi Ifan untuk mengucapkan takziah dan pada masa yang sama memberikan semangat ke atas lelaki itu kerana Citra juga pernah melalui perkara yang sama di mana suaminya meninggal akibat kemalangan ketika wanita ini hamil tiga bulan.

Selepas kematian isteri, saya berasa kehilangan yang sangat mendalam. Waktu itu berasa no reason to life, namun adanya Citra semuanya telah berubah.”

Bakal berkahwin tahun ini

Screenshot 2021 01 28 At 11.53.39 Am

Ifan juga turut memberitahu yang dia bakal mengahwini kekasih barunya itu dan kini sedang membuat perancangan perkahwinan.

InshaAllah, mudah-mudahan pertengahan tahun atau akhir tahun.”

Untuk pengetahuan korang, sejak Ifan sering muat naik gambarnya bersama Citra di Instagram ramai netizen mengatakan wajah wanita ini sangat mirip dengan arwah Dylan namun dinafikan oleh Citra.

Enggak sih, beda. Tapi mungkin kecil-kecilnya jadi mirip. Mungkin juga kerana sering bersebelahan sama Ifan jadi orang nampak mirip.”

Padam nama arwah isteri di bio Instagram

Screenshot 2021 01 28 At 11.56.28 Am

Tak cukup dengan itu, netizen juga perasan yang penyanyi ini telah pun memadamkan nama arwah isterinya di bio Instagram.

Ifan mengaku yang dia telah memadam nama Dylan di Instagram kerana merasakan ia tak adil untuk Citra mahu pun Dylan.

Saya rasa tak adil buat Dylan kerana namanya ada di bio tapi posting gambar Citra, begitu juga dengan bagi pihak Citra, tak adil untuknya.”

Tambah lelaki ini lagi, kenangan dia bersama Dylan bukan hanya melalui tulisan sahaja. Ia akan sentiasa tersemat dalam hatinya.

Bulan lepas juga, Ifan ada memuat naik gambar dia membuat tahlil untuk bekas anggota kumpulannya dan arwah isterinya dihari ulang tahun Dylan dibantu oleh Citra.

Moga urusan Ifan dipermudahkan…

 

Baca: Lepas 2 Tahun Isteri Meninggal Dunia, Ifan Seventeen Mengaku Bercinta Dengan Wanita Yang Dia Pernah Kena ‘Tangkap Basah’ Dulu

Screenshot 2021 01 28 At 11.59.59 Am

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.