Menjadi impian setiap muslim untuk menunaikan rukun islam ke-5 iaitu menunaikan ibadah haji di Makkah.
Dengan adanya institusi Tabung Haji di Malaysia, perkara tersebut dapat dipermudahkan urusan untuk bakal jemaah Haji dan meringankan beban sesetengah orang yang ingin ke sana.
Namun, setiap perkara mestilah dilihat sendiri dengan kemampuan sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Idris umum kenaikan kos haji, nasihat jemaah nilai kemampuan sendiri
Seperti baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad meminta untuk semua bakal jemaah agar menilai kemampuan sendiri dan mengambil kira kenaikan kos menunaikan ibadah haji.
“Kita perlu faham konsep menunaikan ibadah dan Allah SWT tidak memaksa jika kita tidak berkemampuan. Jangan sehingga kita bergolok-gadai dan kehabisan wang simpanan.”
Turut juga mengulas bahawa kemungkinan peningkatan kos mengerjakan ibadah itu kembali dibincangkan sejurus berakhirnya musim haji tahun ini.
Sebelum ini, Tabung Haji menganggarkan kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah muassasah (organisasi) untuk tahun 2022 adalah RM25,540.
Namun angka sebenar meningkat kepada RM28,632 dan daripada jumlah itu, seorang jemaah muassasah B40 hanya perlu membayar RM10,980 manakala bukan B40 sebanyak RM12,980.
Buat sementara ini, belum ada perbincangan lagi dengan pihak Tabung Haji berkenaan kenaikan kos untuk tahun 2023.
Beringat sebelum terkena orang kata…Apa-apapun semoga kita semua berpeluang untuk menunaikan haji….
Baca: Pengarah Agensi Pelancongan Mengaku Tak Bersalah Kes Hampir 400 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di KLIA