in

Pengarah Agensi Pelancongan Mengaku Tak Bersalah Kes Hampir 400 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat tak awal bulan lepas viral video dan gambar tunjuk hampir 400 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas agensi pelancongan yang memegang pasport mereka dikatakan ghaib dan tak dapat dihubungi.


Ekoran ini, pihak polis telah pun menahan lima suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk pemilik agensi tersebut bersama isterinya, seorang ejen dan dua pekerja yang beroperasi di Danau Kota.

Sebentar tadi, pengarah agensi pelancongan tersebut telah pun di bawa ke Mahkamah Sesyen untuk didakwa atas tuduhan mengiklankan tawaran pakej haji furada tanpa lesen “Pengelola Jemaah Haji” yang sah.

Bagaimanapun, tertuduh Agus Rizal Mat Ali yang berusia 50 tahun itu telah mengaku tidak bersalah dan meminta agar dibicarakan selepas jurubahasa membacakan pertuduhan ke atasnya di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun, lapor Berita Harian.

Fzsimtqveaegwcu

Menurut pertuduhan yang dibaca, Agus yang merupakan pengarah syarikat UC Travel Sdn Bhd telah mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada bagi musim 2022 masihi/1443 Hijrah dengan memuat naik iklan tersebut di Facebook milik syarikatnya dengan menjanjikan dia boleh menjalankan atau membuat transaksi perniagaan sebagai pengelola perjalanan haji ke tanah suci bagi tujuan menunaikan haji.

Pun begitu, dikhabarkan Syarikat UC Travel Sdn Bhd ini tidak mempunyai lesen pengelola jemaah haji yang sah daripada Lembaga Tabung Haji.

Mahkamah telah menetapkan ikat jamin ke atas Agus sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 8 September.

Agus didakwa mengikut Seksyen 27(1)(b) Akta Tabung Haji 1995 dan dihukum di bawah Seksyen 27(2) akta sama, yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

Baca: “Ada yang bagi tarikh lepas wuquf” – [VIDEO] Jemaah Haji Buat Kecoh Lepas Kena ‘Scam’ Agensi Tawar Visa Furada

Screenshot 2022 08 09 At 12.22.49 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.