in

“Idea dah datang sebelum Squid Game” – Penerbit Drama Nenek Bongkok Tiga Jawab Dakwaan ‘Cedok’ Idea

Ft Nenek Bongkok 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama lagi, platform strim movie Viu akan menayangkan drama bersiri seram thriller yang berjudul Nenek Bongkok Tiga.

Dikatakan drama tersebut mempunyai elemen seperti siri popular Squid Games. Oleh itu, memetik laporan mStar Online, penerbit drama tersebut, Zurina Ramli menyatakan bahawa idea itu telah dihasilkan sebelum Squid Games ditayangkan lagi.


Screenshot 2022 09 09 115150

“Sebenarnya idea drama ini datang sebelum Squid Games tetapi menerusi Nenek Bogkok Tiga ia menampilkan permainan tradisional tempatan seperti batu seremban dan enjit-enjit semuat.”

Bukan itu sahaja Zurina turut menyatakan bahawa mereka berpeluang cakap dengan penulis dari Indonesia dan banyak persamaan antara 2 budaya yang menjadikan projek ini nusantara.

Screenshot 2022 09 09 115211

Drama bersiri baharu ini baru sahaja menjelanai penggambaran pada 11 Ogos lalu selepas 55 hari penggambaran dijalankan.

Screenshot 2022 09 09 115504

Drama tersebut dibarisi oleh pelakon handal Hun Haqeem, Sara Ali, Syafie Naswip, Meerqeen, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis dan Rykarl Iskandar. Siri arahan Datuk Yusry Abdul Halim ini turut menampilkan Datin Sofia Jane dan Sherie Merlis.

Baca : Menang Anugerah di Golden Globes, ‘Atuk’ Squid Game Terpaksa Tolak Tawaran Untuk Ditemubual Sebab…

Oh Young Soo Tolak Tawaran Interview

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.