Hati ibu mana yang tak luluh bila anaknya yang baru berusia 13 tahun tiba-tiba melahirkan anak dirumahnya sendirian?
Seperti kejadian yang berlaku di sebuah kampung di Kota Belud, Sabah ini, seorang wanita tak sangka anak gadisnya yang baru berusia 13 tahun telah melahirkan seorang anak.
Menurut Sinar Harian, wanita yang tersedar dari tidurnya pada jam 3 pagi telah menemui anaknya sedang membersihkan seorang bayi perempuan.
Terkejut dengan penemuan itu, ibu ini segera membawa anak dan cucunya itu ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superitendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah dirogol oleh sepupu lelakinya yang berusia 14 tahun.
Hasil siasatan awal juga mendapati mangsa dipercayai dirogol oleh sepupunya sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.
“Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu, petang semalam (Isnin), untuk siasatan selanjutnya.”
Kertas siasatan kes ini telah pun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dan kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Alahai, kesian…
Baca: “Sempat siapkan paper lain” – Remaja 13 Tahun Ini Lahirkan Bayi Lelaki Masa Tengah Jawab ‘Exam’