in

“Sempat siapkan paper lain” – Remaja 13 Tahun Ini Lahirkan Bayi Lelaki Masa Tengah Jawab ‘Exam’

Sempat Siapkan Paper Lain Remaja 13 Tahun Ini Lahirkan Bayi Lelaki Masa Tengah Jawab Exam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Uganda telah melahirkan seorang bayi lelaki semasa sedang menjawab peperiksaan kertas subjek Matematik, lapor Daily Monitor.


School E1617415162864
Gambar hiasan

Insiden itu dikatakan berlaku di St Balikuddembe Primary School di daerah Mpigi, Uganda selepas remaja yang tidak didedahkan identitinya itu mengadu sakit mahu bersalin semasa sedang menjawab kertas bagi subjek Matematik.

Menurut pengetua sekolah berkenaan, Godfrey Ssemanda, pelajar itu dikejarkan ke pusat perubatan terdekat 20 minit kemudian dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Baby E1617415205672

Pun begitu, remaja berkenaan dilaporkan kembali semula ke sekolah dan diberi masa tambahan 45 minit untuk menyelesaikan kertas peperiksaannya.

“Dia juga kembali semula ke sekolah pada awal pagi Rabu lalu untuk menduduki peperiksaan bagi subjek lain,” kata Godfrey Ssmenda lagi.

Sementara itu, ibu bapa remaja berkenaan berkata anak mereka hamil selepas terjerat melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki semasa perintah berkurung akibat pandemik COVID-19 pada tahun lalu.

Sumber: Daily Monitor

Baca: Takut Kena Marah Dengan Keluarga, Remaja Lahirkan Anak Buang Atas Pasir Belakang Rumah

1018796 E1617413819331

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.