in

Ibu Tawar RM10 Sejam Bagi Sesiapa Yang Boleh Pastikan Anaknya Tak Tertidur Masa Ulang Kaji

F1 Sky K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa sudah semestinya mahu yang terbaik untuk anak-anak tak kira dari segi pemakanan, pakaian dan pelajaran.

Oleh sebab itulah, ada seorang ibu di Korea Selatan yang mahu mengupah seorang individu untuk pastikan anaknya fokus dan tidak tertidur ketika sedang mengulang kaji pelajaran.


Memetik laporan Koreaboo, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu membuat satu hantaran di media sosial mengatakan dia sedang mencari seseorang yang sanggup menemani anaknya belajar di kafe belajar dan perlu mengejutkan anaknya jika tertidur.

Sky K 2
Gambar sekadar hiasan

Untuk pengetahuan semua, penggunaan study cafe atau kafe belajar di Korea Selatan sangat terkenal dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti di mana mereka boleh belajar atau siapkan kerja sekolah di kafe yang sunyi.

Difahamkan, wanita itu menawarkan bayaran sebanyak 3000 Won (kira-kira RM10.34) sejam kepada sesiapa yang mahu menjalankan tugas itu. Ala-ala konsep study buddy la ni kan. 

Sky K 4

Saya mencari seseorang yang boleh kejutkan anak saya di kafe belajar. Apa yang anda perlu lakukan ialah duduk bersebelahannya dan kejutkan dia jika dia tertidur. Kalau anda rasa dia penat, boleh benarkan dia untuk tidur selama 15 minit. Tolong perhatikan juga jika dia perlukan rehat selama 10 minit setiap jam dan pastikan dia sambung belajar selepas itu,” tulis ibu kepada pelajar sekolah tinggi itu.

Namun, pekerjaan itu juga tidak semudah yang disangka sebab ada beberapa peraturan yang perlu dituruti, antaranya tidak boleh membuat bising dan tidak boleh menonton sebarang video atau media.

Sky K3
Gambar sekadar hiasan

Ramai netizen Korea yang berpendapat tugas berkenaan sesuai untuk pelajar universiti yang sedang mencari kerja separuh masa sebab mereka pun boleh buat kerja mereka sambil ‘jaga’ pelajar sekolah itu.

Dalam masa yang sama, ada juga yang bersimpati dengan pelajar sekolah berkenaan sebab beranggapan dia tak ada masa untuk dirinya sendiri. Kalau min pulak, tak boleh fokus kalau ada orang tengok. 

Ada yang menyifatkan situasi pelajar itu sama seperti babak dalam drama Sky Castle di mana ibu-ibu watak utama dalam cerita tu semuanya sanggup buat apa sahaja untuk masukkan anak mereka dalam universiti terkemuka Korea.

Kalau korang nak tahu, kebanyakan pelajar di negara terbabit sememangnya berada dalam tekanan yang amat kuat ketika di sekolah tinggi kerana semuanya mahu masuk kolej atau universiti yang paling hebat.

Sumber: Koreaboo

Baca: Tukar Cara Pengiraan Umur, Ini Sebab Mengapa Rakyat Korea Selatan Mungkin Bakal Jadi Setahun Lebih Muda 

Sky K 1

Sumber: Korea Boo
Sumber: Quora

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.