Bagi mereka yang mengikuti kemelut rumah tangga pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana, hari ini adalah tarikh di mana perkahwinan pasangan ini dijangka akan berakhir.
Menurut Astro AWANI, Mahkamah Rendah Syariah akan mendengar prosiding lafaz cerai yang dijadualkan pada jam 11 pagi di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

“Ya Allah, takdirkanlah yang terbaik buat Puteri Sarah”
Berasa hiba dan bersimpati dengan apa yang menimpa rumah tangga anak dan menantunya, Datin Patimah Ismail menerusi IG Story telah memuat naik kata-kata sedih yang mendoakan kebaikan buat Puteri Sarah.
Pada masa yang sama, dia juga berharap Tuhan mengampunkan dosa-dosa mereka yang meruntuhkan ‘masjid’ pasangan ini.

“Sumayyah masih tidak memahami…”
Tak cukup dengan itu juga, menerusi posting IG Story lain, Datin Patimah mendedahkan yang cucu perempuannya, Sumayyah masih tidak faham kenapa ayahnya iaitu Syamsul tidak tinggal bersama mamanya, Puteri Sarah.
Situasi itu pula berbeza dengan anak lelaki pasangan itu, Syaikhul yang sudah terbiasa hidup bersama mamanya tanpa kehadiran ayah.

Sumayyah masih tidak memahami kenapa Ayah tidak tinggal bersama Mamanya.
“Syaikhul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah,” tulis Datin Patimah.
Pun begitu, menerusi satu perkembangan terbaru, Syamsul Yusof dilaporkan tidak jadi menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah.
Butiran lanjut mengenai kes mereka ini seperti di bawah…

