Ibu Leka Bermain Telefon Bimbit, Tidak Sedar Anak Kelemasan Dibelakangnya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ibu bapa seringkali dilihat cuai dalam menjaga anak di tempat awam. Lebih-lebih lagi di zaman serba canggih dan teknologi di hujung jari. Jangan pandang remeh soal keselamatan anak, jika terjadi sesuatu musibah siapa nak dipersalahkan?

Seperti kes yang berlaku di China ini. Sebuah video rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut selepas lemas di sebuah kolam renang di resort yang terletak di Xianyang, daerah Shaanxi menjadi viral Selasa lalu.

Apa yang menjadi bualan ramai adalah, ibunya turut berada di dalam kolam renang itu tetapi terlampau fokus dengan telefon bimbit, membelakangi anaknya yang pada ketika itu sedang bergelut kelemasan.

Malangnya, ibunya serta semua orang awam yang berada di kawasan kolam renang itu tidak perasan akan kanak-kanak tersebut yang sedang kelemasan. Lebih menyedihkan lagi, wanita tersebut hanya 3-4 meter daripada anaknya itu, lapor Shanghaiist.

Wanita itu kemudian selesai meneliti telefon bimbitnya dan mula mencari anaknya tetapi beliau mundar mandir ke arah yang salah! 

Selepas tidak menjumpai anaknya di kolam renang itu, beliau kemudian mendapatkan bantuan pekerja resort. Mereka mengambil masa selama 30 minit untuk menjumpai badan anak lelakinya yang sudah tenggelam di dasar kolam renang sedalam 1.1 meter (3.6 kaki) itu.

Kanak-kanak lelaki itu dilaporkan bergelut untuk bertahan dan kekal terapung selama 3 minit. Macam mana lah takde siapa yang perasan budak tu tengah lemas…

Wanita itu dikatakan sangat menyesal dan berkata kepada wartawan Hua Shang Daily,

“Jika saya tahu perkara sebegini akan berlaku, saya tidak akan bawa anak ke tempat ini.” katanya.

Eh, tapi salah diri sendiri jugak sebab cuai kan? Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Tonton rakaman video CCTV itu di bawah:

 

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!