Seorang ibu dari Brazil telah didakwa kerana membunuh anaknya yang berusia 11 tahun pada 2 Julai lepas.
Menurut The Sun, ibu tunggal, Alexandra Dougokenski telah menjerut leher anaknya Rafael dengan menggunakan tali ampaian baju kerana bengang anaknya selalu habiskan masa dengan bermain telefon.
Selepas anaknya mati, ibu ini telah cuba alihkan perhatian pihak berkuasa dengan membuat video mengatakan anaknya telah lari dari rumah kerana merajuk selepas kena marah.
Pihak berkuasa dengan bantuan anjing pengesan, jiran, rakan dan keluarga Alexandra telah melakukan pencarian besar-besaran di kawasan hutan berdekatan dengan rumah wanita ini.
Selepas gagal mengesan Rafael, Alexandra tiba-tiba menangis dan mengaku telah membunuh anaknya menggunakan tali ampaian dalam keadaan marah.
Dikatakan, Alexandra mengaku bersalah kerana tak sanggup untuk menipu dan hendak melepaskan beban yang disimpannya itu.
Sepuluh hari selepas Rafael “menghilangkan diri”, Alexandra akhirnya memberitahu di mana mayat anaknya disorokkan.
Mayat budak malang ini ditemui di dalam kotak besar di dalam garaj milik jiran mereka yang terletak hanya lima meter dari rumahnya.
Baca: “Sebab aku tak suka hari Isnin” – Remaja Membunuh Hanya Sebab Tak Suka Hari Isnin