in

“Sebab aku tak suka hari Isnin”- Remaja Membunuh Hanya Sebab Tak Suka Hari Isnin

Feat

Dalam kebanyakan kes pembunuhan yang berlaku di seluruh dunia, boleh dikatakan kebanyakannya mempunyai motif yang sama, antaranya balas dendam, perebutan kuasa atau harta, kepuasan dan banyak lagi.

Tapi kes pembunuhan yang admin nak kongsikan ini yang berlaku pada tahun 1979 agak pelik kerana dilakukan oleh remaja perempuan berumur 17 tahun dan alasan yang diberikan juga agak pelik.

“I just don’t like Mondays”

Tanggal 29 Januari 1979 merupakan tarikh keramat yang menyaksikan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, Brenda Ann Spencer menembak mati 2 individu dalam insiden tembakan di Sekolah Rendah Cleveland Grover di San Diego, California.

Brenda Spencer In Jail

 

Kronologi kes…

Sekitar sebelum pukul 8 pagi pada hari kejadian, kanak-kanak sudah mula beratur di pagar masuk sekolah tersebut. Ketika itu mereka menunggu pengetua untuk membuka pagar.

Pada masa sama di seberang jalan, Spencer memerhatikan kanak-kanak itu dari rumahnya sambil di tangannya memegang senapang Ruger 10/22 semi-auto 22 caliber sebelum melepaskan kira-kira 30 tembakan ke arah kanak-kanak yang sedang berbaris itu.

1

Ekoran kejadian itu pengetua, Burton Wragg dan seorang penjaga kanak-kanak tersebut, Mike Suchar terbunuh ketika cuba menyelamatkan kanak-kanak dari terkena tembakan.

Bagaimanapun kesemua kanak-kanak terselamat cuma dilaporkan 8 daripada mereka cedera daripada insiden itu.

Ingatkan dah berhenti, Spencer kemudiannya melepaskan lagi 30 tembakan kearah kanak-kanak yang tengah panik ketika itu, dia kemudiannya tutup dan kunci semua tingkap dan pintu rumahnya.

Polis kemudian tiba di tempat kejadian dan mengetahui yang tembakan dilepaskan dari arah rumah Spencer. Mereka kemudian menghantar ‘wakil’ untuk bercakap dengan Spencer.

Bagaimanapun Spencer enggan berbincang dan beri amaran kepada polis dan memaklumkan dia masih mempunyai senjata dan peluru, jika polis memaksanya keluar, dia tidak teragak-agak untuk melepaskan tembakan.

 

Spencer akhirnya menyerah diri

3Bf735A08Df3E30B68C82B6967B63B47

Spencer akhirnya menyerah diri sebelum polis masuk ke rumahnya dan menemui botol beer dan whiskey yang kosong di dalam rumah itu, bagaimanapun Spencer mengatakan yang dia tidak mabuk ketika kejadian.

Ketika ditanya mengenai motif kejadian, dengan bersahaja Spencer menjawab…

I just don’t like Mondays”

Ketika ditanya bagaimana dia memperoleh senapang, jawab Spencer…

“I asked for a radio and he (father) bought me a gun,”
“I felt like he wanted me to kill myself”

Setahun sebelum kejadian tembakan yang mengorbankan 2 orang ini, rupa-rupanya Spencer ada juga membuat cubaan tembakan ke sekolah tersebut menggunakan BB gun.

Bagaimanapun tiada yang cedera, dia kemudiannya diletakkan dalam tempoh percubaan kerana cubaan jenayah tersebut.

Ketika itu pegawai berkaitan ada mencadangkan supaya Spencer dihantar ke hospital mental atas alasan depresi dan cubaan membunuh. Namun bapanya enggan benarkan anak gadisnya masuk ke hospital mental dan mendakwa dia boleh jaga anaknya sendiri.

Spencer akhirnya disabitkan bersalah dan sehingga kini dilaporkan masih dalam penjara.

 

Sumber : ati.

Baca : Boleh mati terus kalau terjatuh; Demi Buat TikTok, 2 Remaja Risiko Nyawa Berlari Atas Runtuhan Istana Tinggi 60 Kaki

Baca

Sumber: ati.
Sumber: News8