in

“Ibu bukan daddy punya” – [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Momen Shuib Bagitahu Anak-Anak Ibu ‘Dah Tak Balik’

Fi Anak Shuib Nangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi terkenal tanah air Siti Sarah, selepas bertarung nyawa dijangkiti Covid-19. Jenazah telah dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor.


Menerusi satu temubual juga, Shuib maklumkan bahawa dia masih belum beritahu pada anak-anak yang ibu mereka dah bertemu dengan sang pencipta. Pelawak tersebut ada menyatakan bagaimana anak-anaknya mula bertanya mengapa wajah ibu mereka terpampang di media sosial dan ramai mengatakan yang Siti Sarah sudah meninggal dunia.

 

Beritahu pada anak-anak

Terbaru sebuah video ada dimuat naik melalui akaun Instagram Allahyarhamah isterinya, menunjukkan momen Shuib menjelaskan apa yang terjadi kepada anak-anaknya.

Dalam video berkenaan, anak-anaknya berulang kali bertanyakan kepada Shuib sama ada berita tentang ibu mereka adalah betul. Lalu, dengan tenang Shuib minta mereka berkumpul dan beritahu berkenaan pemergian ibu mereka itu.

Ketika diberitahu oleh Shuib, jelas terpampang riak wajah terkejut di muka anak-anaknya Uwais, Talita, dan Matin, lalu mereka terus peluk Shuib dan menangis teresak-esak.

“Ibu tak balik dah..Ibu dah tak ada tau..kita dah tak jumpa ibu. Ibu dah tak ada dekat dunia tapi ibu dah ada dekat syurga..” tuturnya dengan lembut.

Di samping itu juga, Shuib turut memujuk mereka serta menyampaikan beberapa pesanan yang dikirimkan oleh ibu mereka sendiri.

Posting menyentuh perasaan itu telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah meraih hampir 4 juta views.

 

 

“Tak dapat nak tahan air mata”

Di ruangan komen, ramai mengakui tidak sanggup melihat reaksi anak-anak pelawak tersebut setelah mengetahui kehilangan ibu tercinta dalam sekelip mata.

Sejurus dengan itu, rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat agar Shuib terus kuat dan menjadi ayah yang baik serta mendoakan supaya anak-anaknya supaya jadi anak soleh dan solehah.

Reak Anak Shuib Nangis 1 Edit Reak Anak Shuib Nangis 2 Edit

Reak Anak Shuib Nangis 3 Editt

Salam takziah diucapkan daripada kami team Lobak Merah buat Shuib sekeluarga.

 

Baca : “Saya rasa dunia sesepi-sepinya” – Raisuddin Cerita Kembali Momen Diberitahu Siti Sarah Telah Tiada

Siti Sarah Dan Raisuddin Hamzah

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.