in

Ibu Bayi Kembar 10 Didakwa ‘Palsukan’ Kelahiran, Jabatan Kesihatan Dakwa Bayi-Bayi ‘Tidak Pernah Wujud’?

Lahir Kembar 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, wanita dari Afrika Selatan bernama Goslame Thamara Sithole, 37, ini pernah mencipta rekod dunia selepas dia dikhabarkan melahirkan 10 bayi kembar secara pembedahan.


Pun begitu, tidak disangka-sangka pula wanita terbabit kini telah dimasukkan di wad psikiatri kerana dia didakwa ‘memalsukan’ kelahiran 10 bayi tersebut. Whaaatt??? 

3 1 26 1

Menurut The Sun, Sithole telah ditahan polis ketika berada di rumah saudaranya yang terletak berdekatan Johannesburg, Afrika Selatan pada Khamis lalu.

Wanita ini telah dibawa ke Chloorkop beberapa hari selepas pasangannya, Teboho Tsotesi buat laporan polis akan kehilangannya.

1 1 22 1

 

Berlaku ‘cover up’ kerana kelalaian perubatan? 

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Nasional Afrika Selatan berkata, hasil siasatan mereka juga mendapati 10 bayi berkenaan sebenarnya tidak pernah wujud.

Namun portal tempatan di Afrika Selatan pula menegaskan memang kelahiran itu ‘wujud’ dan sebenarnya berlaku ‘cover up’ akibat dakwaan kelalaian perubatan.

Menurut polis, Sithole tak pernah terlibat dalam apa-apa jenayah sebelum ini, namun dia pernah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Pembangunan Sosial Gauteng.

B79Dcb95 1765 4E70 80Ad B77527B3C2Be

Wanita itu juga pernah dilaporkan mendakwa saudara pasangannya kerana memungut derma dari masyarakat selepas dia melahirkan 10 bayi kembar itu.

Walau bagaimanapun, menurut peguam Sithole, anak guamnya kini berada dalam tahanan secara paksa dan akan membuat rayuan mahkamah untuk melepaskannya.

“Dia tidak mahu dibawa ke Hospital Tembisa untuk penilaian psikiatri kerana dia merasa dia sihat dan tidak sakit,” kata peguamnya.

Selain itu juga, sebuah portal tempatan melaporkan yang Sithole sebenarnya telah mengalami penderaan mental dan kelaparan semenjak memasuki hospital tersebut.

4 24 1

Terdahulu, kisah Sithole mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa pada Jun, selepas dia mendakwa berjaya melahirkan bayi kembar 10 menerusi pembedahan Caesarean dekat sebuah hospital di Pretoria.

Walau bagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya tentang kesahihan berita ini kerana tiada gambar si ibu dan ‘anak-anaknya’ yang dipaparkan di media. Keberadaan anak-anaknya juga kini masih menjadi tanda tanya.

Uish admin pun keliru. Betul ke tak sebenarnya dia lahir anak 10 ni? 

Baca: Scan Dapat Kembar 8, Tapi Lepas Bersalin Rupanya kembar 10

Afrika Lahir Kembar 10

Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.