in

Ibu Bapa Minta Anak Buat ‘Loan’ RM50k Untuk Balas Jasa Mereka, Luahan Ini Buat Ramai Simpati

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila tibanya hujung bulan, atau lebih dikenali sebagai hari gaji, rata-rata orang yang sudah bekerja akan berasa gembira kerana mereka boleh berbelanja sedikit mewah dan makan makanan yang sedap.


Namun, lain pula buat seorang individu ini yang meluahkan dia akan berasa kurang senang apabila tibanya hari gaji kerana mempunyai isu dengan ahli keluarga.

Ibu bapa paksa setiap anak buat loan?

Perkongsian tersebut dibuat menerusi akaun Fedtri Yahya. Jelas individu yang tidak didedahkan nama tersebut, ibu bapanya seolah-olah mewajibkan setiap anak untuk membuat pinjaman hutang sebanyak RM50k untuk diberi kepada mereka.

Jelas ibu bapanya, ini adalah sebagai satu bentuk penghargaan untuk membalas jasa mereka sebagai ibu bapa.

Foqfiq0Agaebwfw

Abang dan kakak dah buat loan

Sambung individu ini, kakak dan abangnya sudah membuat pinjaman peribadi seperti yang diminta oleh ibu bapa mereka. Mereka berdua juga menyuruh individu ini berbuat perkara yang sama, untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa.

Bagaimanapun, individu ini menjelaskan dia tidak mampu untuk ‘membalas jasa’ seperti yang diminta kerana mempunyai komitmen yang tinggi. Jelas individu ini, gajinya bakal tinggal RM35 sahaja jika bersetuju untuk membuat pinjaman hutang itu.

Individu ini turut berkata dia kini sudah berkeluarga dan mempunyai hutang peribadi bersama PTPTN. Malah, dia kini menetap di kota yang menelan perbelanjaan sara hidup tinggi.

Dapat perhatian ramai

Perkongsian ini ternyata mendapat perhatian ramai, yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan tindakan ibu bapa individu ini yang dianggap seperti menyusahkan anak.

Malah, rata-rata warganet meminta agar individu ini menolak permintaan tersebut dengan cara yang baik.

A 1

B 1

C

Jika anda berada dalam situasi ini, apa yang anda akan buat?

Kredit: Fedtri Yahya

BACA: Bapa Terduduk Hutang Kad Kredit Lebih RM60K, Rupanya Anak Diam-diam Guna Untuk ‘Genshin Impact’

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.