in

Bapa Terduduk Hutang Kad Kredit Lebih RM60K, Rupanya Anak Diam-diam Guna Untuk ‘Genshin Impact’

Pagex

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah norma dalam bermain permainan video online, jika kita mahukan watak kita mempunyai kelebihan dari apa-apa sudut, sudah tentu ada ‘pengeras’ tersendiri.


Proses tambah kuasa atau beli perkakas dalam online gaming ini biasanya menggunakan mata wang mereka tersendiri, di mana ia boleh dibeli dengan duit sebenar semudah menggunakan perbankan atas talian atau melalui e-wallet.

Baru-baru ini, seorang bapa di Singapura tercengang apabila dikejutkan dengan hutang kad kreditnya mencecah jumlah 20,000 SGD (RM 61,838).

6 1

Menurut sumber, pihak bank telah menghubungi lelaki tersebut untuk menyatakan bahawa ada 89 jumlah transaksi dibuat menggunakan namanya dengan jumlah tersebut.

Pada mulanya saya fikir saya telah ditipu, tetapi syarikat kad kredit berkata ini semua adalah transaksi yang sah dan tiada ada apa-apa yang boleh dilakukan.”

Setelah siasatan dibuat terhadap kesemua 89 transaksi itu, lelaki bernama Lim itu mengenal pasti bahawa pembayaran tersebut dibuat dari akaun e-wallet anak perempuannya.

Menurut lelaki malang tersebut, akaun e-wallet itu disatukan dengan kad kreditnya untuk tujuan transportasi terhadap anaknya yang baru berusia 18 tahun.

Sebaliknya, kelebihan itu digunakan anaknya untuk ‘membeli-belah’ di akaun Genshin Impact peribadinya sejak Ogos hingga Oktober.

5 3

Untuk mereka yang tidak tahu, Genshin Impact merupakan permainan berkonsepkan role-playing game (RPG) di mana para pemainnya boleh mengembara ke dunia fantasi bernama Tevyat.

Permainan ini kini dikenali ramai kerana kualiti seni yang digarap baik serta pelbagai pengembaraan yang boleh dilalui oleh para pemainnya. Namun seperti online game lain, para pemain boleh membelanjakan duit mereka untuk item tertentu untuk perkembangan watak yang lebih laju.

Lim bagaimanapun berjaya mengurangkan hutang tersebut sebanyak 10,000 SGD (RM 30,000) melalui ihsan daripada pihak bank, di mana mereka menggesa lelaki itu supaya lebih berhati-hati dalam perkara seperti ini.

Nampak tak? Walaupun teknologi sekarang ni lebih memudahkan, tapi itu bermakna ibu bapa kena lebih peka. Silap haribulan, habis semua dalam cart Shopee kita dibayarnya.

Sumber: The Strait Times

Baca: “Anak tak nak makan ayah jadi mangsa” – Netizen Terbahak Tengok ‘Taktik’ Ibu Pujuk Anak Makan Nasi

Capturex

Sumber: Neuf
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.