in

“Ia seolah-olah minta tolong dari dalam kubur” – Rakaman Suara Misteri Di Tanah Perkuburan Buat Rasa Meremang

Kubur4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di media sosial apabila video yang dikongsikan oleh Natrah Ismail telah membuatkan orang ramai jadi gerun kerana dikatakan terdengar suara misteri dari tanah kubur.


Video yang telah meraih hampir 4,000 jumlah perkongsian menunjukkan rakaman ketika Natrah sedang menunggu ayahnya di sebuah kawasan tanah perkuburan  di Tanah Perkuburan Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor.

Waktu itu dia berada diatas jengkaut dan merakam tanpa sengaja.

 

Saya tidak sangka ia akan tular hingga menjadi bualan warganet.”

Kubur

Menerusi Harian Metro, video berdurasi 14 saat itu, kedengaran suara misteri seperti merayu dan meraung meminta tolong ketika Siti Natrah berseorangan, dan merakam tanpa sengaja.

“Saya ke tanah perkuburan kerana mahu menyerahkan barangan ayah yang juga penggali kubur di situ. Sementara menunggu ayah tiba, saya duduk di atas sebuah jengkaut dan entah kenapa, saya tergerak untuk merakam video pada hari itu. Sedangkan, ayah melarang berbuat demikian kerana mahu kawasan tanah perkuburan dihormati.” 

Kubur2

Menurut Siti Natrah, ketika dia merakamkan video itu dia langsung tak dengar apa-apa kerana angin bertiup kuat, sehingga memainkan semula video berkenaan beberapa kali selepas meninggalkan kawasan tanah perkuburan dan muat naik di status WhatsApp.

“Bagi mendapat kepastian, saya hantar video itu daripada keluarga dan rakan terdekat.Ingatkan, hanya saya saja yang mendengar suara aneh itu. Rupanya, keluarga dan rakan juga terdengar suara yang sama.”

“Tidak pasti dari mana datangnya suara itu tetapi ia seolah-olah suara meminta tolong dari dalam kubur.”

Kubur3

Tambahnya video itu bukanlah disunting dengan niat nak raih perhatian warganet.

 

Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggunakan menyunting video. Selama ini, saya hanya tahu menyunting gambar saja ” 

Xde niat ape pn..Masa rakam angin kuat sangat.. Lepas rakam dgr balik.. Allahuakbar.. Fokus angin + suaraPeringatan untuk diri sendiri..Mati itu pasti.. #duniasementara..Akhirat kekal selamanya..Kite manusia..Nota segala kaki.. Masa tu akak sorg je.. Sgla jengkaut mmg xhidup.. #anakpengalikuburShare silakan..

Posted by Natrah Ismail on Jumaat, 21 Ogos 2020

Bagaimanapun, katanya terpulang kepada penilaian netizen untuk percaya atau tidak. Cuma apa yang dikatakannya itu diharap dapat menjadikan iktibar.

“Video itu benar-benar membuatkan saya tersentak dan memang memberi peringatan kepada diri sendiri saya untuk sentiasa ingat akan kematian” 

 

Baca : “Setiap hari ada mayat” – Cerita Penggali Kubur Di Indonesia Ketika Menguruskan Jenazah Covid-19

Penggali

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.