Sejak dari dulu lagi, kita sering dengar istilah yang isteri akan dapat payung emas dan tiket ke syurga sekiranya dorang benarkan suami kahwin lagi.
Sehingga sekarang pun, masih ramai lelaki yang berikan alasan dan jaminan ini untuk mendapatkan izin untuk berkahwin lagi seorang.
Malah baru-baru ini, seorang individu telah menyelar tindakan ramai wanita yang menentang poligami dan sanggup menolak sunnah Nabi dari mengejar payung emas di akhirat.
Ekoran ini seorang wanita telah meminta penjelasan dari bekas Menteri Agama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai perkara ini.
Salam. Saye nak tahu lebih detail.. Terima kasih. https://t.co/JqFwAXHY7L pic.twitter.com/9Fj952Ie1R
— ˚ ♡sloane ⋆。˚ (@Oneofakind_5) February 1, 2022
“Tidak ada payung emas mahupun free gift payung”
Menjawab persoalan wanita ini di Twitter, Dr Zul menjelaskan bahawa hadith yang mengatakan wanita akan mendapat payung emas sekiranya memberikan izin kepada suami untuk kahwin lagi adalah hadith palsu.
Katanya lagi, seorang wanita yang menunaikan solat lima waktu, memelihara kemaluan dan taat kepada suami boleh masuk ke syurga melalui pintu yang dikehendakinya.
Selain itu, Dr Zul turut menegaskan bahawa seseorang itu tak boleh sesuka hati menetapkan hukum atas perkara yang sunnah.
Begitu juga dengan poligami. Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi.
“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja.” (Surah al-Nisa’, 4:3).”
Tambahnya lagi, hukum berpoligami juga boleh menjadi perkara yang harus, sunat dan haram. Malah, isteri juga boleh mempertikaikan keputusan suami untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.
Betul cakap Dr Zul ni, kadang-kadang ada yang terlalu taksub hendak berkahwin sampai ada yang mengabaikan hak-hak isteri. Bukan senang tau nak berlaku adil ni, bukan dari segi harta benda je, kasih sayang pun kena adil. Boleh ke?
Baca: Palsukan Sijil Kematian Isteri Sebab Nak Poligami, Lelaki Putih Mata Lepas Dipenjara 8 Bulan