Macam yang korang tahu, anak perempuan kepada pelakon veteren Kazar Saisi, Ira Kazar telah dikaitkan menjadi punca berlakunya keretakan di dalam rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya Syamsul Yusof.
Malah baru-baru ini pula, tular spekulasi mengatakan bahawa Syamsul Yusof telah pun melangsungkan pertunangan dengan Ira Kazar selepas Puteri Sarah menerima DM dari netizen mengatakan tentang perkara tersebut.
“I masih single okay!”
Mungkin menyedari namanya sering dikaitkan dengan pengarah muda Syamsul Yusof, Ira Kazar menerusi Instagram Story telah membuka mulut mengenai isu tersebut.
Menerusi video tersebut, Ira yang baru lepas menonton filem Black Phone di GSC malam tadi telah memberikan review mengenai filem tersebut dan sempat menyelitkan mesej mengenai status dirinya di hujung video.
By the way, I masih single okay!”
Bukan itu sahaja, Syamsul Yusof juga turut mengulas tentang dakwaan bahawa dia telah bertunang dengan menafikan serta meminta agar orang ramai berhenti tanya tentang isu ‘dalam kain’.
Ya, saya tak bertunang atau berkahwin dengan sesiapa.
“Tanyalah fasal filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, asyik cerita hal dalam kain saya sahaja.”
Manakala Puteri Sarah ketika diberitahu mengenai dakwaan tersebut hanya meminta agar suaminya itu tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap anak-anak.
Kalau betul alhamdulillah, jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak.”
Baca: Puteri Sarah Lantik Dua Peguam Untuk ‘Settle’ Isu Orang Ketiga?