Pelakon dan pengacara terkenal berasal dari Singapura, Nadiyah Shahab baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen susulan hantaran terbarunya di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu dilihat membawa tiga ekor serigala dengan menggunakan tali (leash) serta mencium dan memeluk salah seekor haiwan tersebut di Bali, Indonesia.
Artikel berkaitan: “Tak geli ker nak makan?” – Cupcakes Tema ‘Buah Dada & Zakar’ Di Parti Bachelorette Nelydia Senrose Jadi Kecaman Netizen
Artikel berkaitan: Ramai Tertanya, Bomba Perak Perjelas Sebab Khidmat Anjing K9 Tidak Diguna Dalam SAR Jaslinda
View this post on Instagram
Hantaran tersebut mengundang kecaman netizen yang menganggap serigala itu sama najisnya seperti anjing, malah ada juga individu merasakan tindakan pelakon tersebut keterlaluan serta sengaja memprovokasi.
Pun begitu, terdapat sebuah komen yang menjelaskan hukum memegang serigala itu tidak haram malah harus menurut fatwa. Pelakon itu kemudiannya membalas komen tersebut dan menjelaskan dia sendiri sudah sertu (tayamum) sebagai langkah berjaga-jaga.

Sebagai info, Alpha Wolf Lodge di Nuanu Creative City, Bali menawarkan pengalaman unik untuk para pengunjung berinteraksi, berjalan di tepi pantai, serta berfoto dari dekat bersama kawanan wolfdog yang dipelihara secara jinak dan dijaga rapi.
Sumber: Instagram
