Lepas 2 tahun kita tak raikan Syawal dengan meriah, tahun ini ramai yang balas dendam pulang ke kampung dan ada juga yang tak lepaskan peluang dengan berkunjung ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai bagi melepaskan rindu serta meluangkan masa bersama.
Disebalik kemeriahan tersebut, pasti banyak perkara akan timbul terutamanya ragam kanak-kanak yang tak dijangka datang beraya ke rumah seperti yang dialami oleh seorang lelaki ini. Rasa nak marah tapi kena sabar!
Baru-baru ini, tular di TikTok seorang lelaki @lengtanker yang memuatnaik satu video di mana jelas kelihatan beberapa koleksi patung figura miliknya berkemungkinan dijahanamkan oleh anak tetamu.
@lengcollector Raya punya psl ? #figure
Dalam video tersebut, kebanyakan patung figura tersebut ada yang pecah, rosak, anggota badan seperti kepala tertanggal dan ditinggalkan dalam keadaan bersepah. Difahamkan, lelaki tersebut tidak berada di rumah kerana perlu bekerja pada hari tersebut. Banyak pulak tu yang rosak!
Pada masa yang sama, lelaki ini meluahkan rasa kesal dan sedih kerana koleksi permainan mahal miliknya berkecai disebabkan individu tak bertanggungjawab. Bukan murah koleksi tu!
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengatakan yang figura patung tersebut bukanlah semurah RM1 atau RM2 tapi sebaliknya boleh mencecah ribuan ringgit terutama sekali bagi mereka yang betul-betul mempunyai minat mendalam mengumpul koleksi ini.
“Mainan ribu raban ni bro” – Komen netizen
“Suruh mak bapak diorang bayar balik, no excuse,” – Komen netizen

Ada juga netizen yang meluahkan rasa tak puas hati terhadap ibu bapa yang gagal mengawal anak mereka bila beraya dekat rumah orang serta berharap agar parents lebih peka dengan keadaan sekeliling.
Korang pernah tak alami situasi ni waktu raya? Mesti sakit hati kan?
Baca: “Berkecai weh” – Netizen Terkedu Tengok Koleksi ‘Action Figure’ Dirosakkan Oleh Seorang Budak

