Pelakon, Hisyam Hamid semalam mendedahkan satu tangkap layar yang memaparkan dirinya telah dipanggil untuk menjadi penyampai anugerah bagi segmen pertama di Anugerah Melodi Terhangat pada saat akhir.
Menerusi perkongsiannya di Threads, Hisyam mengakui dirinya terkejut dan berkongsi paparan skrin mesej yang menunjukkan maklumat mengenai tugasnya yang sepatutnya menjadi penyampai anugerah ‘Selebriti Feminin Terhangat’ yang dimenangi oleh Sophia Albarakbah pada Ahad lalu.
Sampai-sampai je “Hisyam jom terus ke backstage”. Tak tahu pula kena present first award. Tetiba nervous,” tulisnya.
Artikel berkaitan: Insiden Bella Astillah & Sophia Albarakbah Atas Pentas, Ramai Artis & Pempengaruh Bengang Dengan Melodi
Artikel berkaitan: Netizen Anggap ‘Awkward Moment’ Ambil Trofi Daripada Bella Astillah, Ini Komen Sophia Albarakbah
Namun seperti yang ramai sedia maklum, pada malam tersebut, segmen penyampaian anugerah berkenaan telah diambil alih oleh Bella Astillah dan Syed Saddiq yang mana mencetuskan kontroversi hangat yang diperkatakan hingga sekarang.
Dalam pada itu, hasil tinjauan mendapati Hisyam sudah pun memadam hantaran berkenaan dan memuat naik ucapan Good Night.
Rata-rata netizen di media sosial telah meninggalkan pelbagai komen yang mempersoalkan maksud sebenar Hisyam di sebalik hantaran itu dan ada pula yang mengucapkan terima kasih kerana telah menceritakan ‘hal yang sebenar’.
Korang rasa apa yang sebenarnya berlaku eh?
Sumber: Threads