in

Baru Habis Pantang, Wanita Menangis Lepas Suami Ditangkap Kerana Ambil Dadah

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 28 tahun yang baru sahaja habis berpantang terkejut apabila suaminya ditangkap kerana disyaki mengambil dadah.

Menurut Harian Metro, dia bersama suami dan tiga anaknya sedang bersiap sedia untuk ke klinik, apabila mereka diserbu oleh pihak berkuasa.


Capture 26

Menangis dan merayu supaya suami dibebaskan

Terkejut dengan apa yang terjadi, wanita tersebut menangis dan merayu kepada pihak berkuasa agak membebaskan suaminya kerana bimbang terpaksa menjaga anak-anaknya seorang diri, selain dia tidak bekerja dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar rumah sewa dan membeli keperluan anak.

Screenshot 2020 06 28 At 12.23.55 Pm

Anaknya yang berusia lima dan enam tahun turut terkejut dengan penangkapan ayah mereka, namun mereka diberi peluang untuk mencium dan memeluk sebelum dibawa ke balai polis.

Untuk hilang rasa mengantuk di laut

Terang lelaki tersebut, dia mengambil dadah jenis syabu untuk memberi tenaga ketika menangkap ikan di laut, selain untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Sambungnya lagi, dia mengambil dadah untuk menghilangkan tekanan disebabkan tiada duit selepas hilang pekerjaan beberapa bulan lalu.

Sumber: Harian Metro

BACA: “Waktu mengandung pun dia amik dadah” – KEJAM! Pasangan China Jual Anak Baru Lahir RM36 Ribu Sebab Nak Beli Syabu

Aaaa

 

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.