in

Lelaki Dipenjara 341 Tahun Lepas Jadikan Ibu, Ibu Tiri, Anak Lelaki Dan Perempuan Serta Anjing Peliharaan Sebagai Hamba Seks Selama 12 Tahun

Featured 1

Jijik! Itu perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan tentang perangai seorang lelaki dari Las Vegas, Christopher Sena yang menjadikan lapan ahli keluarganya termasuk anjing peliharaan sebagai hamba seks.

Sena, 52 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 341 tahun atas segala perbuatan terkutuk yang dilakukannya terhadap ahli keluarganya termasuk merakam aktiviti seksual mereka.

Memetik Metro News, Sena melakukan perbuatan keji itu selama tempoh 12 tahun.

Sena menjadikan lelaki dan wanita sebagai hamba seksnya termasuk, ibu, ibu tiri, isteri, bekas isteri dan anak-anaknya. Bukan itu sahaja, dia turut merakam perbuatan terkutuknya itu.

Terrie Sena Main
Sumber : google

Hakim, William Kephart memberitahu mahkamah yang hukuman tersebut setimpal dengan perbuatannya yang pentingkan diri dan tak masuk akal.

Saya malu dengan perbuatan tersebut dan (tertuduh) perlu keluar dari bandar yang saya cintai ini.”-William

 

Bekas-bekas isteri bersekongkol dengan perbuatan keji Sena?

Kes tersebut terbongkar pada September 2014 lepas treler milik Sena di serbu pasukan SWAT di Pangkalan Udara Nellis.

Malah dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa turut berjaya merampas rakaman video seksual miliknya.

Sena turut disabit dengan kesalahan 95 jenayah seksual.

12245091 Web1 Sena Sentence May29 19Bt06
Sumber : google

Manakala bekas-bekas isterinya iaitu Deborah Sena, 53 dan Terrie Sena, 48, dijatuhi hukuman mati atas dakwaan bersekongkol dengan perbuatan terkutuk Christopher.

Bagaimanapun, mahkamah kurangkan hukuman kepada penjara seumur hidup selepas rayuan dibuat oleh kedua-dua tertuduh.

Perangai iblis!

Baca : Jeni Haynes : Gunakan 2,500 Personaliti Untuk Bebaskan Diri Daripada Azab Dirogol &Diliwat Ayah Kandung Sejak Umur 4 Tahun

3 1