in

“Hidup ni jangan menyusahkan orang” – [VIDEO] Rider Nasihat Pelanggan Order Makan, Bagi Alamat Tak Betul, Bila Dihubungi Tak Angkat

Ft Rider Kena Sidai Tepi Jalan E1631005719856

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang mencabar bila melihat mereka yang bekerja sebagai seorang rider (penghantar makanan ini), terpaksa redah hujan, panas, kena kejar anjing, dan melayan kerenah pelanggan seperti salah seorang rider ini.


Video yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna Facebook ini telah menarik perhatian netizen apabila melihat nasibnya mendapat pelanggan yang sebegini.

 

Bagi lokasi tak tepat, bila dihubungi tak angkat

Dalam video berdurasi 1 minit 39 saat itu, rider tersebut ada memberi nasihat kepada mana-mana pelanggan yang menggunakan khidmat tempahan makanan.

Rider Kena Sidai Tepi Jalan 7

Ia memperlihatkan rider tersebut ‘tersadai’ di tepi jalan kerana mengikuti navigasi tempat yang telah di tetapkan oleh pelanggan, tapi kawasan tersebut dilihat seperti bukan kawasan perumahan.

Apabila dihubungi, pelanggan tersebut tak angkat dan menyebabkan dia tak tahu nak buat apa. Oleh sebab itu, lelaki ini memberikan pesanan kepada orang ramai untuk…

Rider Kena Sidai Tepi Jalan 8

“Aku call tak ber angkat, sekurang-kurangnya bagilah detail, nombor rumah ke. Ini tidak, pin tu biar betul, kalau nak order makanan pin tu biar betul-betul, kalau pin tengah-tengah jalan pun bagi alamat betul-betul, tak delah nak tunggu tepi jalan, tak faham betul lah.”

Video tersebut telah meraih 1.4K jumlah perkongsian di Facebook dalam masa 2 hari ia dimuat naik dan 2,772 retweets Twitterdi dalam masa 15 jam ia dikongsikan.

Kita hidup di dunia ni jangan menyusahkan orang lain, bila susahkan roang lain ini lah jadinya”

Dalam pada ini, dalam kejadian yang difahamkan berlaku di Perak ini, lelaki tersebut turut menyatakan bahawa perbuatan ini telah mengganggu urusan kerjanya kerana dah buang masa.

“Order banyak lagi nak kena kejar, nak cari duit, tapi kalau dah macam ni macam mana gayanya? Itu nasihat aku lah. Kalau telefon tu biar ber angkat, jangan pula tak angkat.”

“Dah tahu order makanan, jangan biarkan je telefon tu dekat celah-celah mana, biarkan telefon tu sentiasa ada di tangan, supaya kami rider ni nak telefon senang. Kita hidup di dunia ni jangan menyusahkan orang lain, bila susahkan roang lain ini lah jadinya.”

 

Netizen nak suruh ‘sidai’ lama lagi sebab..

Alahai! Orang tengah marah, lain pula netizen pandang. Jika kita dengar nasihat dan leteran lelaki ini, ia merupakan loghat Perak. Disebabkan itu, fokus netizen melencong ke arah lain, apabila suka dengar lelaki ini membebel loghat Perak.

Rider Kena Sidai Tepi Jalan E Rider Kena Sidai Tepi Jalan 5 Rider Kena Sidai Tepi Jalan 4 Rider Kena Sidai Tepi Jalan 2 Rider Kena Sidai Tepi Jalan

Apapun, diharapkan sebagai pelanggan, sikap bertimbang rasa dan toleransi pun kena ada. Sabar ya bro!

 

Baca : “Happy tengok orang lain happy” – Sedekahkan Abang Rider McD, Netizen Terharu Sikap Jejaka Cina Ini

Tiktok Bryan Oh Beri Makanan Kepada Abang Rider

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.