in

“Happy tengok orang lain happy” – Sedekahkan Abang Rider McD, Netizen Terharu Sikap Jejaka Cina Ini

Tiktok Bryan Oh Beri Makanan Kepada Abang Rider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bersedekah adalah satu amalan mulia. Meskipun nilai yang kita sedekah itu dianggap kecil, namun ia sangat bermakna bagi mereka yang menghargainya.


Menerusi perkongsian video TikTok dari @bryanoh715, jejaka Cina ini telah menarik perhatian netizen apabila telah sedekah satu set makanan McDonald’s kepada seorang rider makanan.

Rider 1

Pada awalnya Bryan dilihat menerima pesanan dari rider bernama Fahmi ini yang tiba di hadapan rumahnya. Namun dia kemudian bertanya kepada rider tersebut sama ada sudah makan atau tidak kerana dia ingin memberi satu set makanan tersebut kepada rider berkenaan.

Meskipun rider itu menolak, Bryan kemudian memberitahu yang dia memang membeli makanan tersebut buat Fahmi dan ingin sedekahkan ia kepada rider itu.

Tiktok Beri Makanan Pada Rider 2

 

Diberhentikan kerja dan kemudian jadi rider 

Sambil memberi makanan, Bryan kemudian bertanya mengenai pengalaman Fahmi bekerja sebagai rider.

Menurut Fahmi, dia sudah hampir 2 tahun bekerja sebagai rider dan memilih pekerjaan tersebut kerana telah diberhentikan kerja akibat syarikat ingin jimat kos.

Katanya lagi, ini adalah kali pertama dia mendapat makanan daripada pelanggan selama bekerja sebagai rider.

@bryanoh715

Be a friend to someone, only in #malaysia #GrabForGood #bryanozr #GrabMy #Nasacademy #MakeSomeoneSmile #fooddeliverychallenge #thismakesmehappy

♬ original sound – Bryan Ozr – Bryan Ozr

Fahmi kemudian berterima kasih kepada Bryan dan mendoakan pelanggannya itu murah rezeki.

 

“Aku yang senyum sensorang tengok….” 

Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa terharu dengan tindakan Bryan dan memuji sikapnya bersedekah tanpa mengira bangsa serta agama.

Komen Tiktok Sedekah Rider

Seronok tengok wajah abang tu tersenyum dapat makanan. Semoga terus murah rezeki buat kedua-duanya. 

Baca: “Abang panda dimana-mana” – Order Kedai Terlampau Banyak, Rider Ini Bantu Tebar Roti Canai

2Fp

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.