Sibuk dengan isu pertukaran kerajaan baharu, lain pula yang diperkatakan oleh seorang netizen ni. Dia cuba untuk menarik perhatian netizen lain dengan memuat naik status di laman twitter tentang hari raya untuk tahun 2033. Wahh excited nampak sampai dah tengok kalendar 2033 ni.
Menurut Tok Ketua, pada tahun 2033 nanti, kita dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri dua kali iaitu pada 29 Januari dan 9 Disember. Wahhh bestnyee!
Korang bincanglah pasal politik dulu. Aku tengah tengok kalendar tahun 2033 ni. Nak bagitahu 2033 raya dua tahun sekali”
Siapa sangka orang lain sibuk dengan isu politik tapi netizen ni mention pasal hari raya untuk tahun 2033. Dahsyat ehh.
“Kena bagi duit raya dua kali”
Beruntung lah budak-budak nanti sebab dapat duit raya dua kali dalam setahun tapi yang dewasa ni lah kena prepare bajet lebih sikit untuk duit raya. Korang yang kena bagi duit raya tu get ready eh sebab banyak bajet yang nak kena set up untuk raya nanti.
“Entah hidup ke idak”, “Sempat lagi ke tak?”
Kita doa je lah semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik, untung-untung boleh kumpul duit raya ribu-ribu yer dak?
Baca : Datuk Seri Dr Wan Azizah Bakal Dilantik Sebagai Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia ?