in

Datuk Seri Dr Wan Azizah Bakal Dilantik Sebagai Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia?

Breaking Wan Azizah Will Be Malaysias First Female Prime Minister In History Replacing Tun M World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemungkinan bakal menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia berikutan dengan penyerahan surat perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia.


Sumber yang Malay Mail peroleh mengatakan bahawa Dr. Mahathir telah melantik Dr Wan Azizah sebagai perdana menteri sementara selepas mengumumkan untuk meninggalkan Pakatan Harapan.

 

Wan Azizah adalah perdana menteri sementara” – Sumber

Breaking Wan Azizah Will Be Malaysias First Female Prime Minister In History World Of Buzz 2 768X510 1

Kenyataan itu diperoleh daripada sumber terdekat kepada pihak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya jika beliau bakal menggantikan Dr Mahathir.

Dalam masa yang sama, sumber tersebut juga yang mengatakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali yang merupakan timbalan presiden PKR dan Menteri  Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, merupakan pegawai yang parti telah dipecat daripada PKR.

Breaking Wan Azizah Will Be Malaysias First Female Prime Minister In History World Of Buzz 768X512 1

Sementara itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada parti tersebut.

 

Baca : [TERKINI] Lepas Serah Perletakan Jawatan Sebagai PM, Dr Mahathir Berhenti Sebagai Pengerusi Bersatu Pula

Tun M

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.