in

“Hendak ziarah kuburnya pun tiada” – Sedih, Luahan Hati Ibu Penumpang Pesawat MH370

Feat 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, peribahasa ini tepat menggambarkan perasaan kita yang masih terasa dengan kehilangan tanpa jawapan pesawat MH370. Apatah lagi penderitaan dan kesedihan yang dialami oleh keluarga-keluarga penumpang dan kru kabin MH370 ini.


Hari ini, tepat 5 tahun pesawat MH370 hilang dari radar dan terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, tapi kehilangan ini masih kekal menjadi tanda tanya keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan ibu kepada penumpang Muzi Yusop, Saemah Sidek. Sudah kering air matanya menangisi pemergian anaknya. Luahan hati Saemah kepada MyMetro selepas lima tahun anaknya ‘hilang’ ini, cukup menyentuh hati…

Screenshot 2019 03 08 At 11.52.51 Am
Sumber: nst

“Orang lain meninggal dunia, kuburnya kita tahu tetapi Muzi, hendak ziarah kuburnya pun tiada.”

Ibu mana yang mahu anaknya pergi dulu sebelumnya? Apatah lagi bila kubur anak pun tak dapat diziarah. Sampai sekarang, Saemah masih tak pasti apa sebenarnya yang berlaku pada anaknya.

Namun baginya persoalan ini mungkin akan kekal menjadi tanda tanya sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Orang lain meninggal dunia, kuburnya kita tahu tetapi Muzi hendak ziarah kuburnya pun tiada.

Sampai kering sudah air mata saya ini. Terasa sakitnya lain sangat hanya Allah saja tahu.

Sedih memang tak akan pernah hilang sejak hari kejadian, tetapi hendak meratapi dan menangis pun saya sudah penat.

Kalau yang diharapkan itu ada tak apa ini orangnya tiada, bangkai pesawat pun tak jumpa. Hendak dikenang-kenangkan sangat pun tak guna, saya berserah dan reda saja bagi mengubati hati saya.

Ciuman dan pelukan terakhir Muzi tidak dapat saya lupakan. Kadang-kadang masih terngiang-ngiang suara dia memanggil-manggil saya di luar rumah.

Untuk menenangkan jiwa, setiap hari saya berdoa, jika dia masih hidup moga-moga sihat hendaknya.

Tetapi, jika sudah takdirnya begitu hanya doa saya kirimkan semoga rohnya tenang dan sejahtera di sana.

Dalam hati saya kuat kata dia memang sudah tiada, jadi memang saya sudah pasrah dan reda.

Cuma perlukan bukti tanda dia sudah pergi. Kami mahu bangkai pesawat itu dicari sampai jumpa baru puas hati kami.

Begitulah luahan hati Saemah tentang kehilangan anak sulungnya yang dirindui. Pastinya, semua keluarga lain turut merasakan perkara yang sama dan masih mengharapkan agar mereka dapat menemui jawapan tentang keadaan penumpang dan kru pesawat MH370.

Muzi, antara 239 penumpang serta kru kabin pesawat MH370 yang terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing China, 8 Mac 2014.

Semoga semua keluarga kru dan penumpang MH370 terus kuat dan redha dengan ketentuan-Nya.

 

Baca: “Muhammad sayang papa dan nak tau papa kat mana”- Reaksi Anak Kecil Pramugara MH370 Ini Buat Netizen Sebak

Screenshot 2019 03 08 At 11.50.55 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.