“Muhammad sayang papa dan nak tau papa kat mana”- Reaksi Anak Kecil Pramugara MH370 Ini Buat Netizen Sebak

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Hari ini 8 Mac 2019, genap 5 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Perginya tanpa nisan malah jasad juga tidak kelihatan. Ia kekal misteri meskipun 5 tahun sudah berlalu..allahu

Biarpun begitu doa rakyat Malaysia kekal pada mereka yang menjadi mangsa kepada tragedi tersebut. Malah ingatan dan kenangan waris bersama insan tersayang yang menjadi sebahagian daripada mangsa tragedi tersebut tidak pernah pudar..Semoga ada khabar MH370 suatu hari nanti.

Sumber : Nst

 

We miss you B.. Miss you a lot ❤️🌹❤️

Mungkin korang dah biasa mendengar nama Intan Maizura Othaman, 39 tahun isteri kepada pramugara pesawat malang MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan yang ketabahannya membesarkan 2 anak mereka iaitu Iman 10 tahun dan Muhammad 5 tahun menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Namun hari ini pasti memahatkan duka buat wanita cekal itu yang memendam sejuta kerinduan buat si suami yang tiada di sisi tempoh 5 tahun lamanya.

8th March 2019 ❤️✈️
.
It’s the 5th year of not knowing where you about . I am redha with all this.. And I know that you in a good place. Alhamdulillah…

Tidak cukup dengan status tersebut, Intan juga ada memuatnaik video Muhammad yang ketika ini sudah pun berusia 5 tahun, tempoh yang sama Mohd Hazrin hilang tanpa khabar berita.

 

“Muhammad sayang Papa, Muhammad nak tahu Muhammad punya Papa mana”

Namun video ringkas ini cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya menjadi sebak.

Biarpun masih kecil, dia seakan-akan mengerti yang bapanya tiada di sisi biarpun kasih sayang seorang bapa itu menjadi dambaan kanak-kanak seusia dengannya..Muhammad kuat kan 🙂

Bagaimanapun Intan berkata kini dia redha dengan suratan Ilahi malah pada masa sama memanjatkan kesyukuran kerana diberi kekuatan untuk mengharungi hidup dengan penuh tabah.

Tidak mudah untuk saya mengendalikan segala-galanya sendiri tetapi saya perlu melihatnya secara positif. Ambil yang negatif dan menjadikannya positif.”

 

Sumber : Instagram

Mohd Hazrin merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH370, yang hilang kira-kira sejam selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam penerbangan ke Beijing, China, pada 8 Mac 2014.

Meskipun segala operasi pencarian dilakukan, masih tiada khabar berita berkaitan pesawat malang tersebut.

 

Sumber : Instagram

Semoga Intan dan anak-anak terus tabah mengharungi hidup tanpa seorang suami dan ayah buat anak-anak mereka di sisi.

Baca : MH370 Dah Dijumpai Di Laut Sumatera? Lelaki Bersumpah Dengan Al-Quran, Nampak Pesawat Terbakar Sebelum Terhempas Dalam Laut.

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.