in

“Hello bro, ini motor saya” – Designer Kantoi Tipu Bos Kata Konon Cedera Kemalangan, Rupanya Curi Gambar Accident Orang Lain!

Hisyam Oo Hisyam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang seperti kecelakaan jalan raya ialah sesuatu perkara yang tak mampu kita elak daripada berlaku. Ramai berdoa supaya dijauhkan dari perkara macam ni berlaku tapi ada pulak pihak yang ‘tak sedar diri’ gunakan kemalangan sebagai alasan untuk larikan diri daripada buat kerja. Whaat??


Menerusi perkongsian di Twitter, seorang lelaki muat naik berita buruk mengenai seorang designer yang dikatakan kemalangan hingga patah tangan.

Akibat daripada kecederaan tu, designer ni tak bolehlah nak teruskan kerjanya sehingga lelaki tersebut terpaksa cari designer lain pulak dan advertise ‘kerja kosong’ ni kat Twitter

Cian 1

D Xyju3U8Aax P2

D Xyju2Uwaicocj

D Xyju2U0Aat4U8
sumber: twitter

 

“HELLO BRO. INI GAMBAR MOTOR SAYA NI” 

Sebelum korang cepat bersimpati dengan apa yang berlaku, tunggu dulu! Rupa-rupanya helah designer tersebut akhirnya kantoi apabila seorang gadis bernama Ada, komen semula tweet majikan tersebut.

Ada claim bahawa gambar motor yang kemalangan tersebut ialah gambar motornya dan dia tak alami sebarang kecederaan serius sampai patah tangan bagai. Cukup MC 2 hari di rumah sambil berehat main game je! Laaa bos kena tipu kee? Cis!

Motor
sumber: twitter

 

“Weh aku kena kencing dengan designer” 

Menyedari yang dia sudah ‘dikencing’ designer sendiri, lelaki ini jelaskan bahawa tak kisah kalau designer tersebut dari awal cakap elok-elok yang dia tak boleh terima job tersebut. Ini tidak, siap guna kawan lagi untuk menipu. Haihhh! Macam-macam perangai. Sabor jelah ye.

Kekencingan
sumber: twitter

Apa-apapun admin berharap designer yang kononnya accident tu dalam keadaan baik lah ye. Tak elok tau menipu orang macam tu. Kalau rasa tak boleh ambil job tu, baik cakap daripada awal dan berterus terang. Kan dah malu kalau kena macam ni!

Bagi mereka yang ada kepakaran dalam bidang design ni, bolehlah apply jawatan kat atas tu. Mana tahu rezeki korang kan? 

Baca: “Semua benda nak spill the tea sekarang ni” – Ingatkan Nak Kantoikan Teman Lelaki Curang, Tapi Netizen Kena Game Sebab..

Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.