“Semua benda nak spill the tea sekarang ni” – Ingatkan Nak Kantoikan Teman Lelaki Curang, Tapi Netizen Kena Game Sebab..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Waktu bercinta ada lah waktu yang indah. Semuanya seronok dan indah belaka. Tapi korang kena sedar gak yang langit tak selalunya cerah, pasti akan ada dugaan yang akan melanda. Setabah mana korang hadapi tu lah yang akan menguatkan perhubungan korang. Cewah.

Tapi macam mana pulak dengan kehadiran orang ketiga dalam perhubungan? Bertambah susah lah kan dugaannya. Kami nak share sikit pasal satu cerita yang sorang gadis ni share. Cerita dia macam ni, konon nak kantoikan tunang dia curang sebab text dengan perempuan lain, tapi rupanya netizen semua kena game dengan dia. Korang baca sendiri lah tweet dia.

Tuang lah teh tu bagi habis

Okay-okay sabar jap korang, admin nak cerita lah ni. Memang ramai netizen yang tunggu sebab nak tahu apa sebenarnya yang berlaku ni. Biasalah, cerita macam ni memang netizen suka. Tapi semua kena game beb.

Haa, nampak tak, semakin hangat kan. Sabar jap, belum sampai lagi part kena game. 

Memang kena game lah kita

Mesti korang curious dengan reaksi tunang dia. Iye lah, kadang-kadang lelaki ni takde perasaan. Okay sambung.

Weh apa benda ni? Sakitnya hati baca tweet dia. Haa.. macam tu lah admin rasa time baca tadi. Rosak mood hujung minggu. 

Ish geram betul. Bazir masa je. Tak pasal kena game. 

Marketing alaf baru ni

Mungkinkah ini marketing startegy terbaru masa sekarang? Boleh jadi kan? Dia guna platform Twitter dan vulnerability orang netizen tempatan yang dahagakan kisah-kisah sensasi dan panas.

Haa.. admin pun perasan gak. Time dia lain. Ni buat sendiri ni sebab nak up bisnes tunang dia. 

Hahaha kes macam ni pun ada gak. Semua dia tukar jadi hitam. Ataupun tak letak gambar. 

Apa-apa pun marketing strategi ni memang lain dari lain. Tapi tak best gak lah sebab admin pun kena game. Hadoi kacau mood weekend. 

 

Baca: “Macam tipu je” – Netizen Kecam ‘Marketing strategi’ Kedai Ni Macam Tak Menjadi

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.