Tatkala kita masih dalam pandemik Covid-19, ramai antara kita yang berusaha mencari sumber pendapatan dengan pelbagai cara. Antara option terbaik untuk mencari rezeki ialah dengan menjadi penghantar makanan.
Cakap pasal penghantar makanan ni, ada satu tweet yang viral pasal seorang wanita menjadi penghantar makanan. Yang menarik pasal wanita ini ialah dia menggunakan basikal untuk hantar makanan. Korang boleh tengok tweet @viralperak kat bawah ni.
Hebat sis!
Pertama sekali admin nak ucap tahniah untuk sis kita ni yang sanggup berpanas dan berbasikal untuk mencari rezeki yang halal. Serius admin teruja dengan semangat dan usaha yang dilakukan.
Teringat zaman sekolah dulu naik basikal je setiap pagi. Nak balik tengah hari tu fikir banyak kali sebab panas. Tapi sis kita ni steady je mengayuh tengah panas. Respect!
Admin pun tertanya-tanya gak jauh mana order yang dia akan hantar. Nasib baik ada netizen yang explain pasal jarak penghantaran. Kalau jauh macam motosikal tu penat weh nak hantar makanan.
Semoga sis kita ni sentiasa bersemangat untuk bekerja dan akan dapat banyak order. Selamat maju jaya diucapkan!
Baca: [VIDEO] Kereta Langgar Lampu Isyarat, Rider Jadi Mangsa