in

“Hebat raih simpati hingga berlakon” – Pemuda Dedah Penduduk Pulau Tatagan Sebenarnya Memang Muslim?

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua menjak ini, isu Ustaz Ebit Lew bantu penduduk pulau di Semporna, Sabah telah menjadi buah mulut ramai orang lebih-lebih lagi selepas beritanya berjaya mengislamkan penduduk di Pulau Tatagan tular.

Ekoran dari ini, seorang lelaki telah membuat penjelasan melalui Facebook bertujuan untuk memperbetulkan persepsi masyarakat dan menjelaskan situasi sebenar di sana.


144432860 3938468976183318 4060254658844022444 O

“Warga suku Bajau Laut yang berada di Pulau Tatagan adalah MUSLIM ASAL”

Dalam penerangan Aleav Nero Ardy ini, dia telah membuat dakwaan mengejutkan, mengatakan bahawa penduduk pulau yang diislamkan oleh Ebit Lew ini sebenarnya memang beragama Islam!

Untuk makluman ustaz Ebit Lew dan anda semua,warga suku Bajau Laut yang berada di Pulau Tatagan yang dikunjungi oleh pasukan dakwah Ustaz Ebit Lew sebenarnya adalah MUSLIM ASAL. Mereka bukan Non-Muslim mahupun Mualaf (Revert).”

Tambahnya lagi, badan dakwah seperti Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) dan Ghulam Dakwah (GAD) juga sering berkunjung ke sana bagi memberi bantuan dan  dakwah kepada suku Bajau Laut di Pulau Tatagan.

Malah, GAD mengatakan pihaknya telah pun berdakwah di Tatangan sejak tahun 2018 dan sering memberikan wang zakat, beri makanan yang dah di masak, pakaian serta tazkirah ringkas dengan penterjemah dari masyarakan tempatan.

Tak cukup dengan itu, mereka juga turut menghantar guru yang dilantik untuk mengajar agama di sekitar Pulau Tatagan, Pulau Maiga dan Pulau Sibangkat.

Time pandemik Covid19 ini pun kami ada hantar beberapa kali bantuan ke sana. Bantuan barang keperluan makanan seperti beras, ubi kayu, minyak, gula dan lain-lain.”

Berlakon kononnya ingin/telah memeluk Islam walhal…

143086966 809727559889338 1978792978928472668 O

Lelaki ini meneruskan dengan mengharapkan agar penjelasan darinya ini dapat menjawab salah faham dan mengelak dari wujudnya fitnah.

Saya memohon kepada warga suku Bajau Laut Pulau Tatagan agar tidak bersikap ambil kesempatan dan hebat meraih simpati sehingga berlakon kononnya ingin/telah memeluk Islam walhal hakikatnya kalian sebenarnya adalah muslim asal.”

“Suka guna taktik dan kaedah yang sama untuk meraih simpati”

143757336 809727613222666 6174592084414242368 O

Seorang lagi ustaz berasal dari Sabah, Abu Muhammad Al-Izz turut mengulas tentang perkara ini, katanya sebelum kedatangan Ebit Lew dah banyak NGO dan individu yang datang ke Semporna dalam misi mendakwah.

Sehinggakan didirikan surau, dihantar guru agama sebagai tenaga pengajar untuk masyarakat sana. Semenjak pkp, kerja dakwah tergendala di kawasan tersebut.”

Katanya lagi, majoriti penduduk di kawasan itu adalah beragama Islam namun kurang mempraktikkan hidup beragama kerana hidup di atas laut.

Tentang pengislaman satu kampung tu, sebenarnya majoriti mereka semua memang beragama Islam. Cumanya mereka masih kurang memperaktikkan hidup beragama. Antara sebabnya mereka ini hidup di atas laut. Tidak suka di darat.”

Tambahnya lagi, masyarakat di sana sering guna taktik dan kaedah yang sama untuk meraih simpati dari orang ramai.

Kedatangan UEL ni bagi masyarakat Palaoh sama sahaja dengan pendakwah yang lain datang. Kamu bagi mereka “gula²”, mereka akan bersyahadah kembali. Begitu saja berulang dan berulang.”

Tak cukup dengan itu, ustaz Abu turut menerangkan yang kerajaan juga turut membantu masyarakat ini dari segi pendidikan, perubatan dan kebajikan tapi masyarakat Palaoh sendiri yang pilih untuk hidup seperti ini.

Wallahualam…

 

Baca: “Tuhan tu apa?” – [VIDEO] Nak Beri Bantuan, Ustaz Ebit Lew Terus Islamkan Satu Kampung Lepas Ditanya ‘Siapa Tuhan’

Screenshot 2021 02 03 At 4.01.00 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.