in

Hazeman Kecewa Rakan Influencer ‘Review’ Produk Berkait Isr*el & Tempelak Netizen Terlampau Biadap

ft hazeman huzir

Pempengaruh terkenal, Hazeman Huzir turut tampil bersuara berkenaan isu Blockout 2024 yang kini sedang hangat ‘dilaungkan’ di media sosial.

Dapat kita lihat gerakan ini juga disambut hangat di Malaysia dan ramai artis serta pempengaruh di Malaysia ini tersenarai untuk diboikot netizen dengan cara menyekat akaun media sosial mereka.

Artikel berkaitan : “Mereka tiada kebolehan hebat”- Hazeman Huzir Beri Pendapat Tentang ‘Kaki Kipas’ Bos Di Pejabat

Artikel berkaitan :“Nasi sebungkus kongsi 4 orang” – Rakyat Palestin Catu Makanan, Hazeman Huzir Rasa Serba Salah

Kata Hazeman, secara peribadinya dia memang menyokong gerakan Blockout ini selepas berlakunya peristiwa berdarah di Palestin pada 7 Oktober lepas. Menurut Hazeman, kesemua produk yang ada kaitan dengan zionis ini boleh dilihat menerusi platform laman sesawang yang menyenaraikan produk-produk mereka.

Malah, Hazeman juga turut menyindir para pempengaruh yang menutup ruangan komen selepas membuat sebarang hantaran.

“Tapi aku diamkan je lah, sebab hubungan hanya kenalan/kawan. Kalau keluarga sendiri, memang aku pergi rumah dia dan ses*h hidup-hidup.”

Dalam videonya di Instagram, Hazeman turut memberikan penjelasan yang ringkas dan padat tentang bagaimana tercetusnya Blockout 2024 ini dan bagaimana ia merebak ke Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir)

Video tersebut juga menunjukkan betapa marah dan kecewanya dia, bagaimanapun dia tidak mengecam satu pihak, para netizen juga turut ditempelak olehnya kerana semakin melampau.

“Blockout is an important refresher campaign juga kerana sebaik sebelum ni pun kita masing-masing hilang focus kejap dengan saga sondol-menyondol yang tak berkesudahan sampai aku naik meluat.”

“Sungguh pun begitu… ramai dah hilang focus ni aku tengok. Buat blockout asalnya untuk kacau marketing tool bisnes yang ada direct link to Zionis.”

Jelasnya lagi, ada yang sampai ke tahap ugut bunuh malah ada juga yang semberono hentam ramai influencer tanpa usul periksa.

Hazeman turut mempersoalkan tindakan kecaman mereka itu yang sebenarnya membantu lagi menaikkan engagement di akaun media sosial mereka.

“Caranya mudah je, block and go. Tapi sampai kat kita jadi premis sebar kebencian. Tinggalkan komen mencaci maki. Bukan doh. Kau block je pastu belah. Ingat… ini untuk saudara kita di sana.”

Pesan Hazeman lagi, jangan disebabkan tindakan semberono netizen ini menjadi fitnah terhadap gerakan Blockout ini dan lakukan sesuatu perkara dengan ilmu.

Sumber: Instagram