Hati-Hati Kalau Nampak Logo Halal Macam Ni Kat Gerai Makan Korea, Sebenarnya…

Jadikan sumber pilihan di Google
Hati-Hati Kalau Nampak Logo Halal Macam Ni Kat Gerai Makan Korea, Sebenarnya…

Bercuti di luar negara terutamanya ke negara seperti Korea Selatan memang best kan!

Dalam seronok bercuti di sana, sebagai seorang Muslim, korang diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih dan membeli makanan di gerai kat sana. Tambahan pulak kalau gerai tersebut ada memaparkan logol halal macam kat gambar bawah ni.


Dpm6Gfiucaacwtw
Sumber: Facebook

 

Saja-saja cakap halal bila nampak pembeli bertudung

Menurut posting Facebook Halal Korea, bagi yang berjalan di area Myeongdong Street, korang diingakan supaya jangan terpedaya dengan logo halal yang terpampang pada kedai. Logo halal ni palsu dan kadang-kadang penjual saja-saja cakap halal bila nampak pembeli yang bertudung. Opsss!

Halalkorea
Sumber: Facebook

Menurut posting Mat Travel di Twitter, kebanyakan peniaga juga guna tanda halal ni bila dorang fikir masakan tak ada unsur pork dan lard tanpa ketahui haiwan tak disembelih, minyak masak tak halal dan lain-lain.

Halalal
Sumber: Twitter

 

Orang Malaysia dan Indonesia nampak logo halal je terus makan

Tak cukup dengan tu, dalam satu posting di Facebook, seorang pengguna mendedahkan bahawa dia jarang percaya dengan makanan yang dijual kat gerai di Korea ni halal kerana orang Korea sendiri tak faham mengenai Islam.

Malah yang peliknya, orang Malaysia dan Indonesia kebanyakannya tak pernah tanya atau was-was dengan logo yang terpapar di kedai-kedai ni dan terus makan tanpa banyak soal.

Kebabnamdaemun1
Gambar hiasan

“Kalau agama Islam pun tak tahu, powerlah plak dorang sampai bolah tahu isu makanan halal haram ni.

“Kat Korea ni pun banyak company yang tipu daging atau ayam dan letak logo palsu sebab dia tau orang-orang Islam especially dari Malaysia atau Indonesia kalau nampak je logo halal terus tak tanya dan tak was-was dah untuk makan,” katanya.

Jadi bagi mereka yang nak ke Korea tu hati-hatilah semasa food hunting di sana. Tak semestinya semua yang terpampang tanda HALAL tu, memang HALAL tau. Takut nanti tak pasal-pasal korang termakan benda tak sepatutnya.

Share sebagai peringatan kepada semua! 

Baca: Awas! Kilang Kat Puchong Keluarkan Logo Halal Palsu

Logo

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Hati-Hati Kalau Nampak Logo Halal Macam Ni Kat Gerai Makan Korea, Sebenarnya…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/hati-hati-kalau-nampak-logo-halal-macam-ni-kat-gerai-makan-korea-sebenarnya/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen