Macam yang korang tahu, scammer sekarang makin bijak dan guna macam-macam cara untuk perdayakan orang. Paling selalu sekali, dorang menyamar jadi sesebuah organisasi lepastu cakap kita tak bayar hutang sekian-sekian. Saja buat orang cuak!
Walaupun ramai yang sedar dengan kewujudan scammer ni, ada juga yang masih tertipu sehingga hilang beribu-ribu wang simpanan.
Terbaru, seorang pengguna Twitter telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tak terpedaya dengan taktik paling latest yang rancak dibuat sekarang.
Menurutnya, jika korang ada dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali dan dengar suara mesin “ini notis penting dari Lembaga Hasil Dalam Negeri” sambil ada bunyi muzik halus dibelakang. Korang diminta untuk letak telefon cepat-cepat!
Menurutnya, ini merupakan taktik scam terbaharu di mana pemanggil yang menerima panggilan akan dipukau bila mendengar bunyi muzik tersebut dan akan buat apa sahaja yang disuruh oleh pemanggil. Uish serammmm
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen telah memberikan cara-cara untuk mengelak dari ditipu dan turut ceritakan pengalaman mereka berurusan dengan scammer ni. Kelakar pun ada…
Selain itu, beberapa netizen turut memberitahu bahawa sekiranya terdapat tunggakan, Lembaga Hasil Dalam Negeri tak akan buat panggilan telefon tapi dorang akan terus bagi surat atau notis melalui email.
Hati-hati k guys… Kalau tak yakin korang pergi je pejabat yang call tu untuk buat pengesahan.
Baca: Menyamar Jadi Polis, Scammer Panik Lepas Tengok ‘Mangsa’ Pakai Uniform Lengkap