in

Menyamar Jadi Polis, Scammer Panik Lepas Tengok ‘Mangsa’ Pakai Uniform Lengkap

Ft Scammer Terkedu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam ni la orang selalu cakap, “buat kerja tak clean.”



Seperti yang kita sedia maklum, scammer ni macam-macam taktik diaorang akan buat untuk memperdayakan mangsa.

Sebelum ini ada yang menyamar jadi bapa mangsa, ada pula yang pernah menyamar jadi Tengku Zafrul dan paling familiar sekali menyamar jadi polis, tapi selalunya, hujung-hujung mesti ‘terciduk’.

 

Terus off kamera bila nampak ‘mangsa’ pakai uniform polis

Macam satu kes dekat Singapura ni, ada seorang lelaki kongsikan satu video dimana ada scammer cuba nak minta butiran pengenalan diri (nombor ID) dengannya.

Lebih melucukan lagi, scammer itu buat panggilan menerusi video dan menayang background fake kononnya mereka ni berada di balai polis, tujuan dia minta nombor IC itu kononnya untuk proses pengesahan.

Tapi dalam rakaman ini, dilihat lelaki tersebut terus muncul depan kamera dan scammer cepat-cepat tutup kamera lepas nampak lelaki ini pakai uniform polis sebenar.

@mustsharenews

He panicked and turned off his camera 🤡 #singapore #mustsharenews #tiktoksg #sgnews

♬ original sound – MustShareNews – MustShareNews

 

Walaubagaimanapun, si ‘mangsa’ ini pun sebenarnya bukanlah anggota polis tetapi dia menjelaskan bahawa dia ada mengikuti Khidmat Negara dibawah kelolaan polis dari negara tersebut, jadi itu sebab lah dia ada uniform itu.

Malah, niatnya bukanlah mahu menyamar juga tetapi ingin memberikan peringatan kepada semua agar jangan mudah terpedaya. Berikutan dengan tular videonya ini, dia ada tampil beriketerangan.

Haih, lepas nampak terus cakap ‘love u sir’, terus matikan panggilan. Apapun, mungkin kita golongan muda ini senang nak hidu, tapi ramai juga yang terpedaya, diharap dengan kes ini kita tak sewenang-wenangnya percaya sebelum dapatkan pengesahan dulu.

Baca : “Hati saya dah berpunya” – Terkejut Scammer Menyamar Jadi Dirinya, Tengku Zafrul Tak Berminat Cari ‘No 2’

Tengku Zafrul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.