in

“Hasutan orang luar” – Kes Remaja Cabul Sepupu, Khadijah Ibrahim Mengaku Suspek Cucu Sendiri

Ft Cucu Khadijah Ibrahim0Terlibat Kes Cabut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim mengakui bahawa suspek kes remaja yang didakwa telah mencabul sepupu sendiri di mahkamah pada bulan Disember lalu adalah cucunya sendiri.


Kata penyanyi lagu Doa Buat Kekasih itu lagi, Khadijah mengatakan kedua-dua suspek dan mangsa adalah cucunya yang menjalinkan hubungan cinta, jelasnya, isu itu menjadi besar apabila berlakunya hasutan daripada orang luar.

Artikel berkaitan : “Tak sombong support adik ni” – Netizen Puji Sikap ‘Humble’ Khadijah Ibrahim Berduet Dengan Buskers

Artikel berkaitan : Tular Video Sekumpulan Peniaga ‘Bergocoh’ Di Laman Siti Khadijah, Rupanya Sebab..

“Budak-budak muda bercinta. Dua-dua cucu saya! Takkan satu nak suruh masuk penjara dan satu lagi masuk pusat pemulihan? Tak boleh.”

“Masalah itu senang saja bagi saya, mereka yang cipta, mereka selesaikan. Bagi saya ini masalah kecil antara dua orang bercinta.”

“Saya sudah siasat apa yang jadi tapi itu antara saya dan mereka. Benda ini terjadi pun disebabkan hasutan orang luar. Kadang-kadang mereka tak dapat berfikir dengan baik.”

Tegas Khadijah lagi dia akui bakal menerima tempias daripada kejadian ini tetapi dia tidak kisah.

“Perkara ini bukan suatu yang tragis. Ini adalah domestik di antara dua orang bercinta sebab antara sepupu pun boleh jatuh cinta juga.”

“Saya tak kisah (terkena tempias) sebab kita semua ada anak dan cucu. Kita perlu kendalikan masalah dengan baik.”

“Saya percaya Allah telah aturkan semua ini jadi saya tenang saja.”

Jelasya lagi, dia tidak menyebelahi sesiapa dalam kes ini, dia turut menasihati anak untuk kekal positif dengan ujian yang melanda mereka.

“Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana mereka berdua cucu yang saya sayang. Saya selalu cakap dengan anak saya supaya berfikiran positif dan semuanya akan okay. Hubungan antara kedua belah keluarga juga sangat rapat dan mereka anggap ia perkara remeh.”

Disember tahun lepas, seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan mencabul kehormatan sepupu perempuannya yang berusia 17 tahun.

Sumber : YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.