in

“Hasil kerja saya duit haram ke?” – Janna Nick ‘Tak Faham’ Netizen Pertikai Usaha Nak Bina Pusat Tahfiz

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Janna Nick ada memberitahu yang dia kini dalam proses untuk membuka pusat tahfiz di tempat dia membesar di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.


Pusat tahfiz yang dijangka menelan belanja sekitar RM6 juta itu bakal diberikan nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.

Untuk pengetahuan korang, setakat ini Janna telah berjaya mengumpul wang sumbangan sebanyak RM400,000 dan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM2 juta untuk memulakan pembinaan.

Pun begitu, selepas pengumuman tentang usahanya untuk membina pusat tahfiz ini, segelintir netizen telah mempertikaikan niatnya itu serta turut mempersoalkan status pendapatan Janna sebagai pelakon dan penyanyi.

“Hasil kerja saya duit haram ke?”

Menerusi Instagram, Janna Nick telah memuat naik tangkap layar soalan yang dia dapat dari seorang wartawan mengenai reaksi netizen. Di kapsyen, Janna mempersoalkan pertikaian netizen tersebut serta turut meminta orang ramai untuk memberikan sumbangan bagi pembinaan pusat tahfiz itu.

Manakala menerusi Kosmo, Janna mengatakan yang dia tak mahu ambil pusing dengan kenyataan segelintir netizen dan dapat mengagak perkara seperti ini akan berlaku.

Biasalah netizen. Benda baik dan murni pun jadi perbalahan mereka. Apatah lagi kalau benda tu perkara yang tak baik, lagilah jadi sasaran mereka.

“Macam saya, pendirian saya satu sahaja. Cukuplah pusat tahfiz tersebut dapat dibangunkan dan siap seperti mana dirancang.

“Bab mulut orang yang persoal dari mana sumber pendapatan saya perolehi dan sebagainya itu terpulang kepada mereka.”

Alahai kesian, buat benda baik pun ada orang pertikai. Apa pun, min doakan Janna dapat kumpulkan duit untuk bina pusat tahfiz ni.

Baca: Janna Nick Bengang Jiran Cabut Bulu Kucingnya & Ugut Nak Sembelih?

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.