in

“Hasan duduk macam ni, tengok ayah” – Telatah Seorang Bapa Mengajar Bayi Meniarap Jadi Tumpuan

Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Telatah seorang bapa yang tidak berputus asa mengajar bayi lelakinya meniarap mencuit hati netizen yang melihat video berkenaan.


Video yang berdurasi 4.24 minit itu menjadi tular di aplikasi TikTok mendapat 1.7 juta jumlah tontonan dan 22,200 perkongsian.

Dalam video itu di lihat si bapa yang juga pemilik akaun @whoopzthereaper berkongsi video, sedang memberikan sokongan dan membuat ‘demo’ meniarap pada bayi lelakinya.

@whoopzthereaper #baby #babyofthefamily #notmyvideo ♬ original sound – ??????

Artikel berkaitan: “Macam tu je rupanya” – Doktor Kongsi Cara Senyapkan Bayi Newborn Menangis 

Artikel berkaitan: “Mummy dulu mandi air telaga je” – Netizen Tergamam Lihat Bayi Madammu Mandi Pakai Air Mineral

Manakala, si ibu pula yang merakam peristiwa itu ketawa hingga tak kering gusi melihat suaminya mengajar bayi mereka.

Rata-rata netizen terhibur dengan teletah si bapa yang bersemangat sehingga pelbagai cara ditunjukkan bagi mengajar bayi lelakinya meniarap.

“Tq bang, berkat demo abang saya bole meniarap dah,” kata seorang netizen.

“Dengan aku² rasa nak belajar meniarap,” komen lelaki lain.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.