in

“Mummy dulu mandi air telaga je” – Netizen Tergamam Lihat Bayi Madammu Mandi Pakai Air Mineral

Madammu Air Mineral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua ibu bapa di luar sana mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dalam apa juga perkara sekali pun.


Buat yang mengikuti dunia media sosial, pasti mengenali Madammu yang merupakan seorang jutawan kecantikan terkenal dan orang penting di sebalik Noir Beauty & Health.

Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri sangat aktif di media sosial dan sering berkongsi tentang kehidupan peribadinya, dia baru sahaja melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Ahmad Kayden pada bulan Jun lalu.

Terbaru, nama Madammu menjadi topik perbualan hangat apabila dia berkongsi anaknya itu dimandikan dengan air mineral ketika mereka berada di kampung mereka yang terletak di Terengganu.

@madammmmu

Kasihnya bapa!

♬ Doaku Untukmu Sayang – Egus Rivilla

“Ini bukan kerja Mummy, ini kerja Papa, Kayden balik kampung tak bagi mandi air paip air mineral dia beli, over kan Papa dia. Mummy dulu mandi air telaga jer,” tulisnya dalam video tersebut.

“Ini level lain dah” 

Perkara itu mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen, ramai yang merasakan Madammu tidak perlu melakukan sedemikian namun ramai juga yang menyokong tindakan jutawan kosmetik itu.

Cats 2

Sebagai info, pasangan itu secara terbuka berkongsi kesulitan mereka untuk memiliki anak selama bertahun-tahun dan selepas menjalani rawatan IVF, mereka berdua menyambut kelahiran putera sulung itu.

Baca: “Harga Axia Rahmah!” – Founder Beli ‘Stroller’ Bayi Harga RM23K Undang Perbualan Netizen

Founder Stroller 23K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.