in

“Haritu kutuk, hari ni ikut?” – Samsung Mungkin Akan Ikut Jejak iPhone, Tak Akan Sediakan Pengecas & Fon Telinga

Samsung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suatu ketika dulu, jenama telefon pintar Apple pernah ditempelak kerana telah melakukan satu perubahan besar dalam memasarkan iPhone 12 tanpa menyediakan lagi pengecas dan fon telinga buat pengguna.



Namun siapa sangka, jejak langkah Apple itu kini diikuti Samsung yang juga bakal tidak sertakan pengecas dan fon telinga buat peranti mereka yang akan datang iaitu Galaxy S21 dan Galaxy S30.

Samsung Galaxy S20 Series All Three 6

Perkara ini dimaklumkan portal teknologi, The Verge yang memberitahu tujuan Samsung berbuat demikian ialah kerana kebanyakan pengguna sudah ada pengecas bateri dan perkara ini akan membantu menurunkan harga telefon. Alahai.. 

Malah menurut portal itu lagi, sama seperti Apple, Samsung hanya akan menyediakan kabel sahaja tetapi pengecas dan fon telinga akan dijual berasingan.

22183735 Img

Perkara ini dianggap sebagai ‘sumpahan’ apabila setiap kali langkah baru yang dibuat oleh Apple, pastinya ia akan diikuti oleh jenama telefon lain. Maka tak hairanlah Apple sering dianggap sebagai ‘pengubah trend’ dalam industri teknologi telefon pintar ini.

So korang rasa macam mana? Berbaloi tak beli telefon yang tak sediakan pengecas dan earphone ni? 

Baca: “Jgn kena scam sudah!” – Lelaki Ini Kongsi Perkara Wajib Tahu Sebelum Beli iPhone

Fone

Sumber: Asia Tatler

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.