in

“Harini jumpa papa, nak minta 1 juta” – Netizen Terhibur Mustapha Kamal ‘In Character’ Walaupun Secara Spontan

Page Mus Baru Lm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita tahu, pelakon Mustapha Kamal semakin viral di media sosial disebabkan dia menjiwai wataknya sebagai seorang CEO seperti dalam drama lakonannya.


Melalui video viral yang dikongsikan oleh @pojonahayat yang merupakan seorang netizen biasa, berjumpa dengan pelakon tersebut dan terus melontarkan dialog seolah-oleh dirinya adalah anak kepada Mustapha Kamal.

“Harini jumpa papa nak minta satu juta, sebab duit minggu lepas papa bagi satu juta tu, dah habis dah”

Dalam video itu, kelihatan Mustapha Kamal sedang duduk di hadapan lelaki itu dan terus menyambung dialog dengan menjiwai watak sebagai bapa yang kaya.

@pojanahayat

Part 1 jumpa papa mintak 1 juta ? @mustaphakamaal

♬ original sound – Pojanahayat – Pojanahayat

“Papa takde masalah satu juta ke dua juta ke sepuluh juta ke, sebab untuk darah daging papa sendiri, tapi satu, satuuu je…”

Dialog seterusnya itu, Mustapha Kamal memaklumkan bahawa ‘anaknya’ itu perlu mengikuti katanya dengan mengahwini anak Dato Iskandar (nama salah satu watak dalam drama). Wah, rileks betul layan peminat tu eh. Macam real je watak tu.

Ramai juga yang meletakkan komen bahawa mereka terhibur dengan lakonan secara spontan oleh Mustapha Kamal kerana kelihatan sungguh bersahaja seolah-olah telah mempunyai skrip.

Komen Kamal Baur Komen Mustapha Baur

Pemilik TikTok itu juga ada berkongsikan lagi video lain yang mengandungi bahagian kedua dan ketiga bagi sketsa ‘anak dan bapa’ itu.  Korang boleh tengok kat sini dan sini.

Memang power lah lakonan Mustapha Kamal ni. Patutlah selalu berlakon watak-watak papa kaya. Terlupa jap semua tu spontan je sebenarnya.

Baca: “Meeting dengan Puteri Arab Saudi” – [VIDEO] Mustapha Kamal Buat Gaya Ala ‘Megah Holdings’ Buat Netizen Terhibur

Ft Mustapha Kamal Ajuk Megah Holdings

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.