in

“Harini & esok saya tak masuk office, nak jaga mental” – Ini Respon Big Boss Bila Staff Hantar Email Begini Dekat Semua Department

Kerja2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang korang kerja, pernah tak ada sehari tu korang memang tak ada mood sangat nak masuk kerja sebab workload yang banyak, pendek kata penat otak lah.

Itu sebab lah ada yang sanggup beli MC sebab tak nak masuk kerja, sebab rasa penat tu tiba-tiba datang. Kalau nak pakai AL tak boleh sebab kena tunggu approval daripada boss, pakal EL quota dah habis, tak pun boleh kena Unpaid leave.


Takut punya pasal gaji kena potong, masuk je lah office dengan muka sembab tu kan? Tapi lain pula dengan staff sorang ni. Mesti korang jealous tengok cara sempoi boss dia balas.

 

Malas nak masuk kerja sebab ‘penat otak’

Sebagai rakyat marhean macam kita ni, seorang web developer, Madalyn Parker  berani mati hantar email tak nak masuk kerja 2 hari secara mengejut dekat seluruh department. Katanya dia nak jaga kesihatan mental.

Sakitotak
Sumber : attn

Standard lah kan dalam email kita emsti kena CC kan boss kita, kita jangka manager atau ketua department yang akan balas tapi…Tanpa diduga CEO company sendiri yang reply email tu.

 

Boleh pakai cuti sakit – CEO

Sakitotak2
Sumber : attn

Madalyn tweet semua respon daripada boss dia, dan meraih lebih daripada 15,000 retweets dan berjaya menarik perhatian warganet. Untunglah dapat boss macam tu!

Bagaimanapun ada netizen yang mempertikaikan tidakannya itu, bagi mereka ia adalah alasan semata-mata sebab percutian juga merupakan sebagian daripada rawatan kesihatan mental, jadi tiada beza kalau perlu guna annual leave (AL).

Sakitotak3 Sakitotak4

Bagaimanapun, rata-rata memberikan komen positif dan pujian terhadap tindakan murni pengurusnya itu.

Ketika ditemubual oleh sumber, CEO ini menjelaskan :

“Terlalu banyak cerita yang saya dengar bahawa ramai pekerja idamkan CEO yang ambil berat tentang pekerja dan ramai yang mengucapkan tahniah kepada saya kerana melakukan satu tindakan yang baik”

Salute!

 

Baca : “Kerja secretary ke GRO?”- Dakwa Konon Bos Syarikat ‘Open Minded’, Tawar Gaji RM5-7K Tapi Mesti Rela ‘Disentuh’

Kerja

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.