in

“Hari2 semangat nak pergi sekolah bawa mangkuk tingkat ni” – Dikecam Gara-gara Bawa Mangkuk Tingkat Ke Sekolah, Ini Penjelasan Ibunya…

Magkuk Tingkat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di media sosial gambar seorang murid sedang menikmati makanan ketika waktu rehat di dalam kelas.


Apa yang menarik mengenai gambar ini ialah murid tersebut dilihat membawa makanannya di dalam ‘mangkuk tingkat’ sedangkan pelajar lain hanya membawa bekal biasa dan ada pula hanya membawa makanan yang dibeli daripada luar.

157657002 183985163489317 2334897887326506072 N

Gambar yang viral itu kemudian telah menjadi bahan ketawa netizen dan ada juga yang mengkritik ibu bapa kanak-kanak terbabit yang dikatakan tidak patut menyuruh anak membawa mangkuk tingkat yang berat pergi sekolah.

156602047 4320652207951232 3552484781355888403 O

 

Ramai tanya anak tak berat ke bawa mangkuk tingkat rupanya… 

Disebabkan gambar tersebut sudah viral dan menimbulkan pelbagai persoalan netizen, si ibu, Hasimah Abdullah menerusi akaun Facebooknya menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden ‘mangkuk tingkat’ tersebut.

Ramai di kalangan netizen tertanya-tanya, tak berat ke anak bawa mangkuk tingkat seperti itu, menurut Hasimah, sebenarnya bapa kepada anak-anaknya itu bertugas di sekolah tersebut.

157174892 10159053608333326 7918193470529264776 N

Oleh itu, bukanlah anak-anaknya yang mengangkat bekas itu kelas tapi bapa mereka yang membawanya ke kelas bila tiba waktu rehat. Oh macam tu! 

Buka fb pagi ni ramai dah cakap anak saya dah viral dengan mangkuk tingkat tu. Yang tanya anak tak berat ke bawa mangkuk tingkat ni?” 

“Bekas tu suami yang angkat dan bila waktu rehat suami saya akan bawa ke kelas anak saya. Suami saya cikgu kat sekolah tu dan dia yang ambil gambar anak kami tengah makan and send dekat saya,” jelasnya.

 

“Alhamdulillah bagi la masakan apa pun dia tak memilih” 

Malah tidak juga timbul isu anaknya diejek gara-gara membawa mangkuk tingkat ke sekolah oleh rakan-rakan sekelasnya.

Apa yang menariknya, anak Hasimah memang tak cerewat bab masakan dan mereka sangat bersemangat untuk ke sekolah dan membawa mangkuk tingkat tersebut. Waah! 

158568518 10159053608508326 2564600276325221043 N

“Anak saya alhamdulillah bagi la masakan apapun dia tak memilih dan dia tak kisah orang cakap apa pun yang penting dia kenyang. 

“Dan betul dia anak yang taat dan baik. Hari-hari semangat nak gi sekolah dan bawa mangkuk tingkat ni. 

“Saya ada terbaca komen kesian orang kantin bila sediakan bekal untuk anak-anak. Sebenarnya kantin sekolah anak saya tak dibuka untuk budak-budak jadi semua wajib bawa bekal sendiri,” katanya.

157995849 10159053608228326 4802152348036535928 N

 

“Meriahnyaa…. harap saya pun rajin macam sis” 

Menerusi tinjauan admin di profil akaun Hasimah, ibu ini telah menyediakan bekal makanan buat tiga anaknya setiap hari dengan pelbagai menu yang buat admin sendiri terliur melihatnya.

Rata-rata netizen yang berkunjung ke profil ibu ini berasa teruja dan berharap mereka juga rajin menyediakan makanan buat anak-anak mereka seperti ini.

Assalamualaikum..selamat pagi..Hari ni bekal kakak,papa dan abg2 nasi ayam.alhamdulillah siap untuk 4 org…

Posted by Hasimah Abdullah on Sunday, March 7, 2021

 

Apa-apapun admin gembira dengan semangat ibu ini yang gigih menyediakan makanan buat anak-anak dan suaminya setiap hari. Tak semua orang boleh buat macam tu tau. Salute!

Baca: “Laju betul dia lari” – [VIDEO] Baru Hari Pertama Masuk Sekolah, Budak Darjah 1 Lari Nak Balik Rumah

Lari

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.