in

Harga Sebotol Lebih RM400, Syarikat Ini Jual ‘Udara Segar’ Yang Dibotolkan

Feature 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang tak pernah terfikir nak beli udara segar yang dibotolkan.


Walaupun kedengaran pelik, udara segar dalam botol sebenarnya dijual oleh sebuah syarikat di United Kingdom ni, lapor Oddity Central. Difahamkan, syarikat Coast Capture Air pada mulanya telah membotolkan udara segar yang diambil di kawasan-kawasan tertentu sebagai buah tangan.

Freshly captured, sealed and packaged from the beautiful Suffolk Coast Nature Reserve. All ready to be posted to our buyers!

Posted by Coast Capture Air on Tuesday, September 18, 2018

 

Bukan itu je, syarikat ini juga mahu mengingatkan orang ramai tentang kepentingan udara bersih pada masa kini. Betul jugak tindakan dorang ni. Kalau tak, mesti ada je yang tak appreciate udara yang dapat dihirup dengan percuma ni. Ramai yang sesuka hati buat pembakaran terbuka.  

Lama-kelamaan, ramai antara mereka yang tinggal di kawasan udara tercemar di seluruh dunia membeli ‘udara segar’ yang dibotolkan ini untuk kegunaan mereka.

Menurut para pelanggan, penjualan udara ini telah membantu mengurangkan kesan bahaya pencemaran udara. Mungkin dengan penjualan produk ni juga boleh bagi awareness pada masyarakat tentang pencemaran udara. 

Udara 1

Menurut laman web syarikat ini, ada botol udara yang dijual boleh mencecah harga sehingga 75 Pound (kira-kira RM422.88).

Untuk pengetahuan korang, syarikat ini bukanlah yang pertama menjual produk seumpama ini sebab syarikat Vitality Air turut menjual udara dari kawasan Gunung Batu Kanada dalam tin. Manakala, syarikat Air de Montcuq pula memasarkan udara dari kawasan luar bandar Perancis.

Namun, yang uniknya dengan Coast Capture Air ini ialah harga yang ditawarkan adalah lebih mahal berbanding jenama lain. Syarikat ini juga memastikan hanya udara paling segar yang dibotolkan dan diambil dari kawasan perairan sekitar Cornwall.

So, ada yang berminat nak beli ke? 

Sumber: Oddity Central, laman web Coast Capture Air 

Baca: “Sembur je senang” – Ikut Cara Ini Untuk Nyahkuman di Udara Dengan Mudah 

Udara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.