in

“Harga mahal camne orang nak pi…” – Zoo Negara Rayu Dibuka Tapi Netizen Pertikai Harga Tiket Macam ‘Yahudi’

Ft Zoo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua yang memiliki ihsan mesti akan kesian dengan haiwan yang berada di dalam zoo yang tak mendapat sambutan pengunjung tapi apakan daya, nak sokong tapi harga tiket masuk pulak mahal. Itu masuk sahaja, biasanya jika ada persembahan extra, terdapat bayaran asing pula.


Jika tak dapat sambutan, pengurusan zoo perlu meminta dana daripada kerajaan atau NGO atau  dana orang awam bagi menampung perbelanjaan harian haiwan-haiwan di dalamnya. Bukan sikit tau! Kata Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly, tiap bulan lebih dari RM500,000!

“Perbelanjaan bulanan yang ditanggung Zoo Negara setiap bulan merangkumi makanan haiwan RM350,000, elektrik RM140,000 dan air RM40,000, ini tidak termasuk gaji dan elaun 140 kakitangan kami.”

Harga tiket terkini

Zoo1

 

Rayu Zoo dibuka Jika PKPB bersambung

Menurut Harian Metro, wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan datang bermesyuarat esok untuk berbincang dengan pihaknya mengenai permintaan Zoo Negara yang mahu membuka semula zoo itu sepanjang PKPB.

“Kita minta sebab SOP (prosedur operasi standard) semua dah lengkap dan mampu mengamalkan penjarakan fizikal berikutan zoo ini berkeluasan 21 hektar.

Selain itu, kami akan mengehadkan kemasukan 1,500 pelawat sehari secara berperingkat dan bukan sekaligus.

Kita mampu jaga SOP dan sudah buat rayuan kepada MKN tetapi belum diluluskan lagi, ini saja jalan bagi mengurangkan beban kewangan kami.”

Jelasnya, Dana Prihatin Kebajikan Hidupan liar berjumlah RM1.3 juta diberikan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah dibelanjakan keseluruhannya untuk makanan haiwan dan pengurusan zoo.

Zoo

 

“Harga mahal macam mana orang nak pi…” – Netizen

Bukan tak mahu pergi Zoo Negara tapi harga tiket mahal, itulah keluhan rata-rata warganet. Min percaya zoo adalah destinasi yang akan keluar di minda ibu bapa sebagai tempat riadah bersama keluarga.

Tapi disebabkan tiket yang mahal, mereka terpaksa membatalkan niat lebih-lebih lagi jika harga tiket masih ‘mahal melambung’ jika dalam tempoh PKPB ini dibuka kerana umum maklum, ekonomi rakyat masing-masing terjejas.

Harga tiket kurangkan sikit tak boleh ke…nak masuk bawa budak-budak 3 4 orang pun fikir banyak kali..”

Zoo1.1 Zoo1.2 Zoo1.3

 

Tak dinafikan harga tiket memang mahal, mungkin zoo nak ikut macam Aquaria? (Mahal tapi weekend sentiasa ramai beratur panjang). Tapi strategi ni nyata tak berkesan sebab kebanyakan pengunjung Zoo Negara adalah warga tempatan tak macam Aquaria, pelancong ramai (dekat KLCC) selain lokasi yang sukar dikunjungi (kena naik bas, teksi, atau ada pakej pelancongan).

Min rasa kalau harga tiket dikurangkan mesti zoo ramai pengunjung dari sebelum ni. Apa pendapat korang?

 

Baca : Tengah Hari Dapat Info, Petang Tu Juga Ustaz Ebit Lew ‘Turun Padang’ Hulur Bantuan Untuk Zoo Negara

Zoo2

Sumber: Zoo Negara
Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.