in

Tengah Hari Dapat Info, Petang Tu Juga Ustaz Ebit Lew ‘Turun Padang’ Hulur Bantuan Untuk Zoo Negara

Feat3 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu Malaysia suka tengok sifat Ustaz Ebit Lew yang sentiasa ada membantu dan menghulurkan apa jenis bantuan kepada sesiapa yang memerlukan, tak kira agama dan bangsa.



Terbaru, beliau dipuji ramai netizen apabila dilihat segera ‘turun padang’ untuk menghulurkan bantuan kepada Zoo Negara semalam. Seperti biasa, beliau kongsikan video di Instagram di mana dia telah ke sana sebaik sahaja mendapat permintaan daripada Zoo Negara sendiri untuk menyelamatkan haiwan-haiwan di sana.

 

Dapat tahu tengah hari, petang terus bantu

Dalam video yang dikongsikan beliau itu, Ustaz Ebit Lew dilihat melawat harimau dan cuba memberi makan kepada haiwan tersebut yang berada di dalam sangkar.

Menurutnya, pihak Zoo Negara telah menghubunginya tengah hari semalam sebelum beliau segera bergegas ke sana pada sebelah petang untuk menyalurkan bantuan.

Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Saya dapat tahu tengah hari tadi, petang ni terus bawa 200kg daging lembu dan 500kg buah-buahan dan sayuran.”

Ust1

Ust4

 

Zoo Negara perlu RM1 juta sebulan

Ustaz Ebit Lew turut memaklumkan bahawa Zoo Negara memerlukan RM1 juta hanya untuk perbelanjaan makanan serta penyelenggaraan zoo.

Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal pkp. Mereka sangat kekurangan dana.”

Ust3

Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara.”

Baca: “Semoga Allah terima usaha kecil kita” – Ustaz Ebit Bantu 250 Pemandu Van Sekolah Yang Hilang Sumber Pendapatan

Untitled Collage 75

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.