in

Harga Beg Tangan Cecah Jutaan Rupiah, TikToker Indonesia Gelar DSV ‘Crazy Rich Malaysia’

Dsv 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai orang dah tahu usahawan terkenal Malaysia iaitu Dato’ Seri Vida (DSV) yang gemar menggayakan barangan mewah berharga ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun, salah seorang TikToker Indonesia baru-baru ini telah membuat satu hantaran memaparkan harga setiap beg tangan termasuklah baju yang pernah dipakai oleh Dato’ Seri Vida.


DSV dianggap ‘Crazy Rich Malaysia’?

Dalam hantaran tersebut, TikToker berkenaan memuat naik beberapa gambar Dato’ Seri Vida yang sedang memakai beg tangan mewah daripada jenama terkenal antarabangsa seperti Christian Dior, Prada, Miu Miu, Louis Vuitton dan sebagainya.

Artikel berkaitan: “Cik B spend sejuta?” – DSV Muat Naik Video Anak-anak ‘Show Off’ Perbelanjaan Bulanan

Artikel berkaitan: “Kalah Mami Jarum” – Pakai Barang Kemas Berkilo-kilo, Ramai Tercengang Tengok DSV

Disebabkan beberapa beg yang ditunjukkan dalam gambar itu berharga jutaan rupiah, TikToker tersebut turut menggelarkan Dato’ Seri Vida sebagai ‘Crazy Rich Malaysia’. Harga beg tangan milik Dato’ Seri Vida adalah bermula daripada 26 juta Rupiah (RM7,200) sehinggalah 125 juta Rupiah (RM36,997).

Bagi beg tangan berharga RM7,200, ia merupakan keluaran jenama Prada yang berasal dari Milan, Itali manakala beg termahal dalam hantaran itu adalah daripada jenama Chanel yang berasal dari Paris, Perancis.

Tikvideo.app 7358716766186474758 10 Tikvideo.app 7358716766186474758 4

Selain itu, TikToker itu turut meletakkan gambar baju sejuk yang dipakai oleh usahawan itu berjenama Christian Dior yang berharga 79 juta Rupiah (RM23,462).

Tikvideo.app 7358716766186474758 2

Netizen Malaysia setuju DSV memang kaya-raya

Ramai netizen Malaysia turut membanjiri ruangan komen dalam hantaran tersebut. Rata-rata daripada mereka bersetuju bahawa usahawan yang popular dengan tagline ‘Qu Puteh’ tersebut memang seorang yang berharta.

Dsv 3

Dsv 1

Ada juga yang memuji Dato’ Seri Vida seorang ibu yang hebat dan pandai berniaga.

Dsv 2

Weh harga beg dia pun dah boleh beli kereta!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.